Categories: News

Perhimpunan Kelab Yamaha YZF-R25 (B. Melayu)

PERHIMPUNAN AHLI-AHLI KELAB YZF-R25 2017

Mengeratkan lagi semangat silaturrahim

 

Putraja, 1 Mei 2017 – Untuk meraikan ulangtahun ke-2 penubuhan kelab komuniti Yamaha YZF-R25yang ditubuhkan pada tahun 2016, ahli-ahli kelab ini telah berhimpun di Restoran Ikan Bakar De Ampangan, yang bertempat di Presint 5, Putrajaya.

Perhimpunan julung kalinya di lakukan pada tahun lepas di Frazer’s Hill, Pahang yang menyaksikan penyertaan seramai lebih kurang 150 peserta.

Para peserta tahun ini datang dari seluruh pelusuk tanahair yang terdiri daripada 200 orang dari sekitar negeri Selangor dan lebih daripada 100 lagi daripada negeri-negeri lain. Ini bermaksud lebih 300 ahli kelab motosikal Yamaha YZF R25 hadir untuk perhimpunan ini.

Objektif utama perhimpunan ini ialah semata-mata untuk menjalinkan silaturrahim serta bertukar-tukar pandangan dan idea tentang minat mereka dalam dunia permotoran, dan khususnya untuk motosikal Yamaha YZF-R25.

Aktiviti bermula dari jam 12 tengahari hingga 5 petang.

Related Post

Selain daipada makanan yang ditaja, peserta-peserta juga mendapat peluang menyertai sesi bergambar bersama “Valentino Rossi Malaysia,” iaitu pelumba motosikal negara, Izuan Shahbudin ,

Pertandingan “Tupai” Cantik (nama olokan untuk “Two-Five,” sempena R25), yang dimenangi oleh pemilik Yamaha R25 dari negeri Selangor yang bernama Azzahari Bin Mansor (Abang long). Beliau yang juga merupakan Presiden WSC (Western Selangor Crew R25, memenangi wang tunai sebanyak RM 300 beserta trofi.

Terdapat juga acara selingan cabutan bertuah yang menawarkan barangan khas (merchandise) yang ditaja Hong Leong Yamaha Motor, topi keledar KYT, serta dua hadiah utama unit kawalan enjin (ECU) TuneBoss yang bernilai RM 999 yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif En. Farhan M. Ali daripada FSR Technology Sdn. Bhd.

Syabas kepada penganjur acara ini kerana menjadikan acara ini satu kenyataan yang sungguh meriah buat para pemilik Yamaha YZF-R25 di Malaysia.

Sila layarilah lama web Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. untuk perkembangan dunia permotoran Yamaha yang terkini.

Wahid Ooi Abdullah

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Share
Published by
Wahid Ooi Abdullah