Categories: News

ZT500 – skuter maxi 500cc serba baru dari Zontes

ZONTES BERSASARAN UNTUK BERSAING DENGAN YAMAHA TMAX DENGAN PENYERTAAN TERBARU DALAM SEGMEN SKUTER BERKAPASITI BESAR, ZT500.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Tidak dinafikan, Yamaha TMax merupakan motosikal yang telah menetapkan penanda aras dalam segmen skuter maxi.

Diperkenalkan pada 2001, Yamaha TMax merupakan skuter terbesar yang pernah dihasilkan dengan kapasiti enjin 500cc sebelum generasi terbaru yang diperkenalkan tahun lalu menyaksikan TMax kini dikuasakan oleh platform 560cc.

Disebabkan populariti TMax, pengeluar motosikal dunia juga mula mengeluarkan skuter berkapasiti besar termasuk Honda X-ADV/Forza 750, Suzuki Burgman 400, Aprilia SRV 850 dan SYM Maxsym TL500.

Kini, segmen itu akan dimeriahkan dengan satu lagi skuter maxi 500cc menerusi Zontes ZT500.

Related Post

Walau bagaimanapun, sementara kebanyakan skuter di atas 500cc dikuasakan oleh enjin dua silinder, Zontes ZT500 dikuasakan oleh enjin satu silinder. Namun, skuter itu masih mampu menghasilkan kuasa tinggi dengan 46hp dan 53Nm, hanya 1.6hp dan 2.7Nm kurang daripada TMax 560.

Walaupun dengan satu silinder, tahap getaran ZT500 pasti dirasai lebih daripada TMax.

Sementara itu, Zontes turut mendakwa ZT500 mampu merekodkan kelajuan maksimum sekitar 160km/j. Walau bagaimanapun, kami merasakan bahawa pada kelajuan sedemikian, getaran yang dihasilkan mestilah ketara.

Zontes ZT500 didatangkan dengan reka bentuk moden dan ‘sporty’ serupa dengan Zontes ZT350E. Pada masa yang sama, ZT500 turut didatangkan dengan kelengkapan premium termasuk kaliper brek J.Juan, ABS dwi-saluran, dan rim hadapan dan belakang 15 inci yang dipadankan dengan tayar hadapan 120/70 dan belakang 160/60.

Brendan Jeremiah

Share
Published by
Brendan Jeremiah