Categories: Berita

Suzuki Malaysia akan melancar V-Strom 800DE baharu pada 6 Mei ini

SUZUKI MALAYSIA AKAN MELANCAR V-STROM 800DE BARU HUJUNG MINGGU INI DI MALAYSIA AUTOSHOW 2023 DI SERDANG.

Langgan kepada Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suzuki merupakan salah satu pengeluar yang menangkap perhatian ramai di EICMA tahun lepas apabila memperkenalkan Suzuki V-Strom 800 DE serba baharu.

Buat pertama kalinya, V-Strom tidak lagi dikuasakan oleh enjin V-Twin sebaliknya dikuasakan oleh platform berkembar selari 776cc serba baharu yang dibangunkan di Hamamatsu, Jepun.

Suzuki Malaysia akan memperkenalkan motosikal ADV serba baharu pada 6 Mei di Malaysia Autoshow 2023 di MAEPS, Serdang. Ia turut berkongsi ‘teaser’ di media sosial yang mendakwa motosikal ‘Master of Adventure’ akan diperkenalkan pada 6 Mei ini.

Walaupun ia bukan lagi V-Twin, penggunaan konfigurasi ‘270-darjah engkol’ memastikan enjin berkembar selari menghasilkan noda bunyi yang hampir sama dengan platform V-Twin. Selain itu, enjin baharu ini turut menawarkan kuasa lebih baik dengan menjana 83hp pada 8,500rpm dan 79Nm pada 6,800rpm.

Related Post

Dalam pada itu, Suzuki V-Strom 800 DE turut hadir dengan pakej elektronik lengkap termasuk Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).

SIRS termasuk ride-by-wire, dan empat mod tunggangan termasuk mod Gravel, quickshifter, Suzuki Easy Start System dan Low RPM Assist.

Semua maklumat dan akses kepada tetapan elektronik boleh dilakukan melalui panel meter TFT berwarna serba baharu.

Nantikan pelancaran dengan iMotorbike.

Brendan Jeremiah

Share
Published by
Brendan Jeremiah