KTM sudah bersedia untuk menampilkan beberapa model baru untuk 2020 dan walaupun kami jangka pengeluar Austrian ini akan bertaruh segalanya atas sportbike RC 790 baru berdasarkan platform yang sama KTM guna untuk Duke 790, terdapat beberapa perkara baru yang akan datang bagi unit dengan kapasiti rendah dan gambar-gambar intip mengenai KTM RC390 terus muncul.
Kini, laman web British Morebikes yang menunjukkan lebih banyak gambar intip RC390, yang memberikan kami gambaran yang lebih baik tentang bagaimana motosikal ini akan kelihatan apabila ia bakal didedahkan di EICMA Milan tahun ini.
Seperti motosikal kapasiti rendah lain, KTM akan membina RC390 baru di kilang mereka di India, dan dari gambar intip kami a dapat lihat dengan jelas bahawa motosikal sukan kecil ini tidak begitu kecil lagi. Subframe telah berubah, tetapi perubahan besar berada di depan, di mana RC390 mendapat fairing depan baru, lebih besar, untuk perlindungan dari angin dan dengan lampu depan baru, sementara hendal juga baru dengan kedudukan menunggang yang lebih baik.
Fairing pada sisi motosikal telah direka semula untuk versi 2020 RC390, tetapi untuk penunggang yang lebih tinggi, berita terbaik bagi anda adalah tangki minyak yang lebih padat pada RC390 masa kini telah diluaskan dalam dimensi dan kini akan memberi  sokongan kaki yang lebih baik semasa menunggang.
Enjin silinder tunggal dengan 373 cc akan diubahsuai untuk memastikan motosikal mampu bersaing dengan saingan utama mereka dari Yamaha, Honda, Kawasaki dan Suzuki GSX-R300 baru. Oleh itu, KTM mereka sebuah sistem silinder baru dan ekzos sistem, yang mengandungi pemangkin baru, untuk membolehkan RC390 mematuhi peraturan Euro 5 yang lebih ketat.
Seperti yang kami katakan, RC390 baru ini akan dipamerkan pada acara motosikal EICMA Milan yang seterusnya, manakala unit pertama harus tiba di pasaran global pada awal tahun 2020.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS