KINI SEMUA PEMINAT DI NEW ZEALAND TIDAK AKAN TERLEPAS SEMUA AKSI YANG DITAWARKAN OLEH MOTOGP.
Dorna Sports baru mengumumkan Spark Sport akan menjadi rakan siaran MotoGP baru dan eksklusif di New Zealand. Perkongsian ini adalah untuk tiga tahun. Ini bermakna para peminat di New Zealand akan mendapat liputan sukan yang tidak dapat ditandingi dan strim setiap perlumbaan Kejuaraan Dunia FIM MotoGP, Moto2 dan Moto3 dari 2021 hingga sekurang-kurangnya 2023.
Spark Sport adalah perkhidmatan siaran sukan dan acara peringkat tinggi New Zealand. Melalui perjanjian ini, peminat dapat saksikan siaran langsung setiap Grand Prix, serta aksi on-demand termasuk tayangan ulang perlumbaan penuh dan highlight perlumbaan.
JEFF LATCH, KETUA SPARK SPORT:
“MotoGP dan Formula 1 adalah pertandingan sukan permotoran utama di dunia, jadi Spark Sport akan memberi peminat sukan permotoran New Zealand dengan kandungan sukan permotoran antarabangsa yang terbaik.
“Kami sangat gembira dengan perkongsian baru kami dengan MotoGP. Cita-cita kami adalah untuk strim pertandingan sukan terbaik di dunia dan MotoGP pasti sesuai dengan kategori itu, jadi kami sangat bangga untuk mendapat peluang untuk memberi liputan kejuaraan secara langsung kepada penonton NZ.”
MANEL ARROYO, PENGARAH URUSAN DORNA SPORTS:
“Kami sangat bangga mengumumkan Spark Sport sebagai penyiar baru kami untuk MotoGP di New Zealand dan memulakan kerjasama baru yang menarik. Rekod jejak mereka memberi kami keyakinan yang besar bahawa liputan kami di wilayah ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum serta memberikan pengalaman terbaik kepada peminat kami dan membantu meningkatkan jumlah penonton kami.
“Peminat MotoGP mempunyai banyak untuk dinantikan bagi 2021, dengan Juara baru Joan Mir berusaha mempertahankan kejuaraanya di salah satu era paling kompetitif yang pernah dilihat oleh sukan ini, dan para peminat juga berharap dapat lihat Juara Dunia lapan kali Marc Marquez kembali selepas kecederaannya – menambah elemen jangkaan baru kepada perlumbaan luar biasa dan tidak dapat diramalkan yang telah kami nikmati sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya sangat gembira kerana peminat di New Zealand dapat menikmati perlumbaan berkualiti seperti di Spark Sport.
Facebook
Instagram
YouTube
LinkedIn
RSS