PELUMBA SEPANYOL ITU TIDAK AKAN BERLUMBA UNTUK YAMAHA BAGI BAKI MUSIM INI. CAL CRUTCHLOW AKAN MENGAMBIL TEMPATNYA UNTUK GP BRITISH.

Maverick Viñales akan pisah dengan Yamaha serta merta.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha telah mengesahkan bahawa mereka telah berpisah dengan pelumba MotoGP Maverick Viñales. Pelumba Sepanyol itu tidak akan berlumba untuk pasukan MotoGP. Keputusan itu akan berkuatkuasa serta merta. Viñales tidak akan berlumba dengan nama Yamaha untuk baki musim ini.

Setelah menempuh perjalanan yang penuh cabaran dengan Yamaha, hubungan antara kedua-dua pihak telah bertambah buruk sepanjang musim ini. Pada mulanya, Viñales akan meninggalkan perjanjian selama dua tahun mereka, dengan berpisah pada akhir tahun ini. Namun, dengan kejadian baru-baru ini, jalan keluar lebih cepat dari yang dijangkakan.

Vinales telah digantung dari berlumba oleh Yamaha selepas kejadian di GP Styrian, di mana dia sengaja merosakkan enjin motosikalnya di pusingan penutupan. Baru-baru ini Aprilia Racing telah mengesahkan bahawa pelumba Sepanyol itu akan menyertai barisan mereka bersama rakan senegara, Aleix Espargaro musim depan.

Related Post

TEAM PRINCIPAL, LIN JARVIS MENGESAHKAN PENGUMUMAN INI DALAM SATU KENYATAAN RINGKAS BAHAWA VIÑALES TIDAK AKAN BERLUMBA UNTUK PASUKAN YAMAHA.

“Di Assen, Yamaha dan Vinales telah mengumumkan keputusan bersama untuk memotong program asli 2021-2022 mereka dan tamat pada hujung 2021.”

“Komitmen telah dibuat oleh kedua-dua pelumba dan pasukan untuk sambung hingga akhir musim dengan pasukan menjamin sokongan penuhnya dan penunggang itu berusaha sedaya upaya agar kami dapat menyelesaikan projek ini dengan penuh gaya.”

“Malangnya di GP Styrian, perlumbaan tidak berjalan dengan baik atau berakhir dengan baik. Akibatnya, setelah pertimbangan mendalam oleh kedua-dua belah pihak, keputusan bersama dicapai bahawa ia adalah lebih baik bagi kedua-dua belah pihak jika kita mengakhiri perkongsian lebih awal.”

Cal Crutchlow akan mengisi tempat pelumba berusia 26 tahun di Silverstone di Grand Prix Britain.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah