DUCATI MENGUMUMKAN PERJANJIAN BARU ANTARA DUCATI LENOVO DENGAN JACK MILLER YANG AKAN SAMBUNG HINGGA 2022.

Jack Miller akan sambung dengan Ducati Lenovo hingga 2022

Diberkati dengan bakat dan keazaman hebat, Miller membuat debut sebagai penunggang factory tahun ini selepas berlumba untuk pasukan Pramac Racing untuk tiga musim. Selepas kempen 2021 yang mencabar, dia berjaya mengatasinya dengan dua kemenangan berturut-turut di Jerez de la Frontera Sepanyol dan GP Perancis di Le Mans.

Selepas lima Gran Prix untuk 2021, Miller berada di kedudukan keempat hanya 16 mata belakang pemimpin semasa. Manakala Ducati dan Ducati Lenovo Team memimpin kedudukan Constructors’ dan Teams’.

Jack Miller (#43 Ducati Lenovo Team)

Related Post

“Saya teruja untuk sambung kerjaya saya bersama pasukan Ducati Lenovo hingga musim depan! Memakai warna ini adalah penghormatan besar bagi saya dan untuk memenangi dua perlumbaan memang hebat. Ini tidak akan terjadi tanpa sokongan hebat yang telah saya terima dari Ducati dan seluruh pasukan selama beberapa bulan terakhir dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Gigi, Paolo, Davide dan Claudio atas kepercayaan mereka terhadap saya. Sekarang saya hanya menumpukan perhatian pada musim semasa. Kami berada di kedudukan keempat, tidak begitu jauh dari pemimpin semasa dan kejuaraan ini masih lama lagi. Saya akan melakukan yang terbaik untuk meneruskan trend positif ini dan berjuang untuk gelaran. Forza Ducati!”

Luigi Dall’Igna, Pengurus Besar Ducati Corse

“Kami gembira untuk mengumumkan kami akan sambung dengan Miller hingga 2022. Sejak musim pertama Jack telah menunjukkan bakat, profesionalisme, dan keazaman yang kuat. Dia berjaya memperoleh dua kemenangan penting dalam keadaan yang berbeza setelah permulaan musim yang sukar. Dia adalah salah satu pelumba yang memahami GP Desmosedici kami untuk memanfaatkan potensinya dalam apa jua keadaan, seperti yang ditunjukkan oleh kejayaan di Le Mans baru-baru ini. Seperti biasa, matlamat kami tetap merangkul gelaran Kejuaraan, dan kami percaya bahawa dengan Jack dan Pecco, kami akan menjadi antara pencabar utama persaingan gelaran 2022”.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan