POS TERKINI DARI FACEBOOK RASMI SUZUKI MALAYSIA MENDAKWA SUZUKI BELANG R150 MUNGKIN KEMBALI KE PASARAN MALAYSIA SEBAGAI SUZUKI BELANG R150 F1 2020.

Suzuki Belang R150 Fi Malaysia

Beberapa minggu lalu kami lapor tentang kepulangan Suzuki Malaysia. Jika anda terlepas, Suzuki telah undur dari pasaran Malaysia beberapa tahun lalu. Manakala, pos Facebook terkini oleh Suzuki Malaysia mengesahkan pengeluar Jepun akan pulang tahun ini dengan pelancaran beberapa motosikal.

Setakat ini kita tidak boleh mengesahkan model yang tepat, kami melaporkan salah satu motosikal yang dirancang untuk dilancar oleh Suzuki Malaysia adalah motosikal dari barisan GSX R Suzuki.

Pos terbaru oleh Suzuki Malaysia menunjukkan motosikal seterusnya dalam senarai adalah “Suzuki Belang R150 Fi”.

Related Post

Dengan kapsyen “Teka model apa yang akan datang?” dan slogan “King is back”, pos itu memaparkan bahagian depan motosikal yang sesuai dengan profil Suzuki Satria F150 Fi / Raider R150 Fi 2020 dari jiran kita.

Suzuki Satria / Raider dinamakan sebagai Belang R150 di Malaysia sebelum Suzuki undur diri dari pasaran Malaysia.

Suzuki Belang R150 Fi
Suzuki Suzuki Satria R150 Fi

Oleh itu, apa yang dapat kita simpulkan dari ini adalah bahawa model ke-2 Suzuki Malaysia yang akan dilancarkan adalah Suzuki Belang R150 Fi!

Suzuki Belang R150 Fi
Suzuki GSX-150 Bandit

Lampu depan kelihatan sangat mirip dengan Suzuki GSX-Bandit 150. Walau bagaimanapun, jika anda melihat dengan teliti, anda dapat lihat dengan jelas penutup depan dalam teaser itu tidak sama dengan Bandit. Oleh itu, kami berpendapat bahawa Suzuki GSX-Bandit 150 bukan yang termasuk dalam senarai (sekurang-kurangnya buat masa ini) tetapi jika Belang kembali, kami yakin Suzuki Malaysia akan segera melancarkan Suzuki GSX-Bandit 150!

SPESIFIKASI DAN GAMBAR SUZUKI RAIDER R150 FI

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan