Categories: Berita

CFMoto 650MT 2022 bakal tiba di Malaysia pada RM31,500

CFMOTO 650MT 2022 ADALAH SPORT TOURER MAMPU MILIK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

CFMoto 650MT 2022 yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu.

Menurut CFMOTO Malaysia, 650MT terkini didatangkan dengan skrin TFT 5 inci.

Motosikal segmen ‘sport tourer’ masih didatangkan dengan komponen menarik lain termasuk ‘side panniers’ dan pelindung enjin.

Related Post

Tetapi, model generasi terbaru itu masih dikuasakan oleh enjin dua silinder 649.3cc dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 60hp @8,750rpm dan 56Nm @7,000rpm.

Dibangunkan sebagai jentera ‘touring’, 650MT ini turut dilengkapi dengan tangki 18L dan menawarkan ketinggian tempat duduk 820/840mm dan jarak tanah 170mm.

Motosikal ini turut dilengkapi dengan kaliper brek J.Juan, ABS dwi-saluran serta dua mod tunggangan.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, CFMoto 650MT V2 ini ditawarkan pada harga RM31,500.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah