Categories: Konsep & Kustom

Energica dan Samsung berkolaborasi untuk memperkenalkan motosikal konsep baru mereka, Bolid-E

Acara motosikal EICMA 2018 Milan telah pun meninggalkan peminat motosikal dengan kesan yang mendalam dengan penampilan beberapa motosikal dan konsep baru yang tidak pernah dilihati. Salah sebuah syarikat, Energica, telah mengambil kesempatan untuk mempamerkan motosikal lumba elektrik bersama dengan motosikal super elektrik yang mampu mencapai 150mph, Ego Sport Black dan sebuah motosikal konsep, Bolid-E.

Motosikal elektrik konsep Bolid-E adalah hasil projek bersama Samsung yang bernama Smart Ride. Ia mempunyai teknologi baru dan maju yang dibangunkan dengan Samsung. Salah satu daripada teknologi tersebut adalah penggunaan kamera high-definition sebagai cermin sisi yang berbeza dengan penggunaan cermin standard. Kamera ini diintegrasikan pada bahagian depan dan belakang motosikal elektrik Bolid-E untuk memberi siaran langsung (live view) yang akan dihubungkan kepada dua peranti Samsung Galaxy yang dipasang sebagai “intelligent mirros”.

Kedua-dua display juga berfungsi sebagai HUD. Dengan kamera depan, penunggang boleh mendapat analisis serta menunjuk halangan yang ada di hadapan jalan.

Jam tangan Galaxy boleh diggunakan sebagai peranti smart unlock. Ciri yang amat mengkagumkan ialah kebenaran boleh diberi kepada pengguna jam tangan yang lain, seperti memberi kunci kepada rakan anda untuk meminjam.

Related Post

“Di Samsung, kami sedar bahawa inovasi mempunyai peranan yang penting kerana ia membolehkan projek yang revolusioner dengan impak kepada kehidupan seharian. Inilah sebabnya, kami komited dengan menerokai sektor baru yang mampu mengubah idea kepada projek oleh sebab teknologi.” kata Francesco Cordani, Ketua Marcom di Samsung Electronics Italia.

“Dengan objektif untuk membangunkan solusi yang sangat kepentingan serta berkualiti, kami bercadang untuk bekerjasama dengan jenama yang bernilai di dunia dua roda seperti Energica. Dengan pengalaman serta pengaruh yang inovatif, mereka merupakan rakan kongsi yang cemerlang untuk memulai perjalanan ini dengan penciptaan projek Smart Ride”.

Bolid-E direka dengan kolaborasi dengan Samsung Electronics Italia.

“Kami bangga untuk berada di sisi sebuah pemimpin global seperti Samsung dalam projek Smart Ride. Idea korporasi kami amat tegas seperti Italian Motor Valley yang terkenal: enjin serta inovasi telah pun ada dalam DNA kita ( engines and innovation have always been in our DNA ),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Livia Cevolini.

“Sejak beberapa tahun ini, kami telah mentafsirkan keperluan pasaran dengan menjangkakan produk dan solusi yang unik dalam dunia. Kami juga telah melepasi status quo yang ditawarkan oleh teknologi semasa melalui penciptaan baru kami. Saya berharap visi Energica dan Samsung yang selaras dalam projek baru Smart Ride ini akan menjadi inspirasi kepada elektrik mobiliti di Itali serta di luar sempadannya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah