Categories: Berita

Penyanyi Pink mendapat jentera indian Scout buatan tangan dari suaminya!

PINK DAN CAREY HART MEMPUNYAI TAMBAHAN BARU KEPADA KELUARGA MEREKA DAN DIA KELIHATAN HEBAT!

Pink | Sumber gambar: RideApart

Penyanyi terkenal Amerika Pink mempunyai tambahan baru kepada keluarganya dan memerlukan pertolongan kami untuk memberikan nama! Artis pemenang Grammy berusia 39 tahun baru-baru ini telah berkongsi gambar sebuah motosikal baru yang suaminya Carey Hart telah bina untuknya. Sekiranya anda tidak tahu, Hart adalah bekas pelumba motosikal dan pesaing motosikal gaya bebas profesional. Sebenarnya, mereka  bertemu di X Games pada tahun 2001 dan percintaan itu berkembang sejak itu.

Pink menunjuk gambar Indian Scout barunya melalui Instagram dan berkata suaminya enggan memberinya seorang anak dia memutuskan untuk mereka sebuah motosikal bagi dia. Pink juga telah memasukkan hashtag #whatshouldwenameher. Gambar itu menunjukkannya dalam jumpsut hitam dan di belakangnya adalah jentera berwarna tembaga.

Related Post

Pink dan Hart adalah ibu bapa kepada anak perempuan Willow Sage,7, dan anak lelaki Jameson Moon,2.

Memang tidak dinafikan motosikal memainkan peranan penting dalam keluarga Hart. Jameson yang umurnya 2 telah mula main dengan motosikal imbang elektrik. Ini lagi hebat berbanding dengan roda latihan yang kami pakai pada zaman kanak-kanak kami!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan