DUCATI MEMPERKENALKAN HYPERMOTARD 950 RVE BARU YANG ADALAH ANTARA MODEL ENTRY HYPERMOTARD 950 DAN BARISAN TERATAS HYPERMOTARD 950 SP.

Kami di iMotorbike adalah peminat besar motosikal konsep, apa lagi konsep yang menjadi kenyataan. Permulaan Ducati Hypermotard 950 RVE 2020 edisi terhad adalah sebagai motosikal konsep di Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Lake Como, Itali. Hypermotard 950 RVE ini adalah sebahagian daripada keluarga “fun-bike” Borgo Panigale yang adalah antara model entry Hypermotard 950 dan barisan teratas Hypermotard SP.

Ducati pada masa itu mengadakan satu pertandingan lukis bagi pemilik Ducati untuk motosikal Hypermotard 950 dan pemenangnya adalah Jose Carlos Sagarminaga di California. Buat masa itu, Sagarmina adalah satu orang sahaja yang mempunyai Hypermotard dengan grafik tersebut dengan asal-usul seni jalanan.

Ducati menyukai ciptaan tersebut mereka telah reka Ducati Hypermotard 950 RVE 2020. Berdasarkan Hypermotard 950 asas, ia mendapat grafik grafiti.

Related Post

Menurut wakil Ducati, “Ingin memindahkan kualiti pembuatan motosikal konsep yang sama dengan motosikal produksi, perlu dalam fasa lukisan, untuk menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, menggunakan pelekat ketebalan yang sangat rendah, dan menggunakan proses yang sangat panjang dan kompleks. Hasilnya setanding dengan hasil kerja badan berus udara.

Hypermotard 950 RVE dikuasai oleh enjin silinder kembar Testastretta 11° 937cc yang mampu menghasilkan 114 hp @ 9,000 rpm dan tork 9.8 Nm di mana 80% sudah tersedia @ 3,000 rpm. Ini adalah enjin sempurna untuk menawar keseronokan atas trek dan jalan raya yang penuh dengan selok-belok serta bagi tunggangan urban dan sukan.

Pada atas barisan Hypermotard 950 adalah Hypermotard 950 SP dengan grafik lumba dan suspensi Ohlins, roda Marchesini dan Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down EVO.

Ducati Hypermotard 950 RVE akan tiba di pengedar Amerika pada bulan Julai dengan harga $14,195. Akan terdapat 100 contoh dengan lencana RVE.

GALERI DUCATI HYPERMOTARD 950 RVE

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan