ROYAL ENFIELD CLASSIC 500 TRIBUTE BLACK LIMITED EDITION DATANG DENGAN TANDA HARGA RS 2.49 LAKH.

Classic 500 Tribute Black Limited Edition | Sumber gambar: Drive Spark

Jika anda terlepas, Royal Enfield telah mengeluarkan Classic 500 Tribute Black Edisi Terhad. Ia boleh didapati untuk pembelian atas talian dalam masa terhad pada 10 Februari 2020, antara jam 2 petang hingga 5 petang.

Firma India baru mengumumkan pengeluaran Royal Enfield Bullet 500, Royal Enfield Classic 500 dan Royal Enfield Thunderbird 500 akan dihentikan dalam negara. Oleh itu, motosikal-motosikal ini tidak akan dijual di India mulai 31 Mac 2020. Dengan itu, Royal Enfield memberi penyelesaian muktamad dengan memperkenalkan siri motosikal istimewa – Classic 500 Tribute Black Limited Edition.

Related Post

Sumber gambar: India Today

Classic 500 Tribute Black Limited Edition akan menjadi motosikal terakhir di India dengan 500cc, silinder tunggal, long-stroke, enjin unit construction. Class 500 Tribute Black Limited Edition baru akan mempunyai plak bernombor “End of Build”. Ini adalah untuk memastikan semua motosikal adalah unik kepada pemiliknya.

Royal Enfield akan mereka motosikal ini di kilangnya di Tiruvottiyur, Tamil Nadu. Luaran motosikal ini akan dicat dengan jalur Royal Enfield. Ia juga akan memapar tangki minyak dua nada.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan