Categories: Sukan Motor

MotoGP – Romano Fenati bakal kembali pada 2019

Selepas beberapa artikel tentang kejadian yang berlaku di Misano, pengembaliannya ke dunia perlumbaan motosikal pada 2019 bakal mengejutkan penonton. Penunggang muda Itali ini yang dikenali sebagai “wild boy” akan berlumba di Moto3 dengan pasukan Snipers.

Fenanti, yang menyaksikan pembatalan lesen perlumbaannya oleh Italian Motorcycling Federation, telah diberi satu lagi peluang untuk meneruskan kerjayanya di peringkat dunia. Manakala dia perlu turun ke kejuaraan Moto3 dari Moto2 dimana dia telah bersaing pada musim ini.

Related Post

Fenanti, dikenali sebagai penunggang Itali dengan bakat luar biasa, hampir menyaksikan pengakhiran kepada kerjaya perlumbaannya oleh sebab tindakannya di Misano GP, dimana dia menarik brek depan seorang pelumba semasa perlumbaan tersebut.

Masih belum ada kenyataan rasmi tentang pengembalian Romano Fenanti tetapi beberapa perkara telah pun dipastikan agar dia menunggang dengan pasukan Snipers bersama-sama Tony Arbolino pada 2019.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah