Categories: Berita

Zero Motorcycles melepaskan teaser model baru SR/F

Zero Motorcycles SR/F e-bike | Sumber gambar: Paul Tan

2019 adalah satu tahun yang penuh dengan perkembangan dalam industri dua roda kerana model-model baru dan startup semakin dikenali, memuaskan permintaan yang meningkat di setiap segmen. Buat kali ini, Zero Motorcycles akan menyambut tahun baru dengan sebuah motosikal baru yang dikenali sebagai, SR/F.

Syarikat California ini telah mendedahkan teaser baru yang memaparkan siluet bahagian hadapan motosikal dengan tarikh 25/2/19. Jenama ini berkata motosikal ini akan menjadi ‘yang pertama dalam industri’ dan ‘masa depan motosikal’. Motosikal ini adalah tambahan kepada generasi naked street. Ini akan menjadi satu platform yang amat berbeza.

Related Post

Syarikat ini juga telah mengumumkan pelan untuk menaik taraf motosikal 2019-nya dalam bentuk model asas yang lebih kuat yang mempunyai kenaikan 35% hp. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri teknologi baru, pelbagai pilihan dan pelbagai skim gaya dan warna. Motosikal ini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan bateri. Model top-spec akan mendapat peningkatkan kuasa, tork dan jarak tetapi berat lebih tinggi berbanding dengan varian bateri yang lebih kecil.

Zero SR semasa dan ZF14.4 pakej batteri akan dilengkapi dengan batteri ‘Power Tank’ yang meningkatkan kapasiti batteri sebanyak 3.6kWh. Bersama-sama, powerplant mampu menghasilkan tork 70hp dan 157Nm.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah