BMW MOTORRAD MENGUMUMKAN ACTIVE CRUISE CONTROL (ACC) TERKINI BARU BERSAMA BOSCH.

BMW mengumumkan BMW Motorrad Active Cruise Control (ACC) baru untuk motosikal mereka; yang secara automatik mengawal kelajuan penunggang dan jarak dengan kenderaan depan untuk memberi keselamatan dan keselesaan maksimum. System seperti ini sudah lama digunakan oleh kereta, namun ia tidak biasa dilihat pada motosikal. Bagi motosikal, BMW Motorrad mengatakan mereka tidak lama lagi akan menawar sistem sokongan penunggang dalam motosikal mereka untuk memberi pengalaman tunggang yang lebih selesa.

Sistem sokong penunggang ACC BMW Motorrad sebenarnya dibangunkan bersama Bosch.  Anda mungkin sudah kenali sistem sokongan pemandu Bosch bagi kereta; namun Bosch kini memasuki sistem sokongan penunggang motosikal dengan BMW Motorrad.

ACTIVE CRUISE CONTROL (ACC) BMW MOTORRAD

Related Post

ACC terkini menawar keselesaan maksimum untuk motosikal jenis touring dengan mengawal kelajuan yang ditetapkan oleh penunggang dan jarak dengan kenderaan depan secara automatik. Ini bermakna dengan mengawal kelajuan motosikal secara automatik dan apabila jarak dengan kenderaan depan semakin hampir, sistem ACC akan mengawal kelajuan motosikal untuk menjaga jarak seperti ditetapkan oleh penunggang.

BMW Motorrad berkata; kelajuan menunggang dan jarak dengan kenderaan depan (dengan persediaan tiga tahap) dapat diatur hanya dengan satu klik butang. Tambahan pula, sistem ACC baru mempunyai dua ciri kawalan yang boleh dipilih; keselesaan atau dinamik, di mana tingkah laku pecutan dan nyahpecutan diubah mengikut keadaan. Untuk dapat menggunakan Dynamic Cruise Control (DCC), BMW mengatakan kawalan jarak harus dinyahaktifkan.

Ketika datang ke tikungan, BMW menyebutkan bahawa kelajuan akan dikawal secara automatik oleh ACC jika diperlukan. Walaubagaimanapun, apabila sudut ramping besar, pengereman dan pecutan dinamik terhad untuk memberikan perjalanan stabil yang lancar. Sistem ACC bertindak balas terhadap kenderaan yang bergerak sahaja; sekiranya kenderaan tidak bergerak di hujung kesesakan lalu lintas atau lampu isyarat; penunggang harus brek sendiri.

Sumber: BMW Motorrad

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan