LIHATLAH MOTOSIKAL LUAR BIASA DAN RUSTIK INI DENGAN BUTIRAN TERPERINCI.

Ecosse | Sumber gambar: Pipeburn

Motosikal kustom selalu mendapat banyak perhatian, tidak kira jika anda peminat motosikal atau tidak. Rekaan kustom ini menunjuk kreativiti dan beberapa idea yang mampu membawa reka bentuk unik. Kali ini pula, kami mendapat peluang untuk menunjuk kepada anda Titanium Tracker oleh Roland Sands dan pasukannya dari Roland Sands Design.

LATAR BELAKANG ECOSSE

Sumber gambar: Pipeburn

Edisi Ecosse Heretic Titanium adalah jentera eksotik kompetitif Amerika. Ini bukan pengalaman pertama RSD dengan rekaan mahal. Mereka telah bekerja dengan Ducati Desmosedici D16RR. Mereka juga telah bekerja dengan motosikal lumba pasukan Proton Team KR spek MotoGP V5.

Ecosse adalah pengeluar motosikal ultra premium yang berpangkal di Denver, Colorado. Firma ini dipelopori oleh pasangan suami isteri. Ia menghasil roadster kapasiti rendah. Heretic Titanium Edition yang pertama keluar pada 2008 dan beroperasi dengan enjin V-kembar aluminium billet 1,9666 dengan transmisi yang telah dimesinkan.

MENGUBAH ECOSSE

Sumber gambar: Pipeburn

Related Post

RSD mempunyai idea untuk mengubah motosikal ini kepada sesuatu yang berlebihan, sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, pasukan itu mula kerja dan menghasilkan kerja badan aluminium baru. Selepas itu, peringkat dua mula berlaku di SoCal. Menurut Pipeburn, RSD menggantikan stok depan dengan satu set fork Öhlins FG konvensional.

Mereka kemudian mengganti cakera brek kembar ISR asal kepada cakera tunggal RSD dan kaliper RSD. Kemas kini lain termasuk roda jentera kilang 19 inci CNC’d RSD dengan getah Dunlop DT. Motor juga diubahsuai untuk gaya baru.

SENTUHAN AKHIR UNTUK ECOSSE

Sumber gambar: Pipeburn

Bagi bahagian luar, RSD menguatkan rupa dengan beberapa warna. Chris Wood dari Airtrix melengkapkan kerja cat motosikal. Motosikal itu kini mempunyai rupa hitam metalik dengan butiran aluminium dan pinstripe emas. Perubahan itu kemudian diakhiri dengan pelana kulit coklat yang disesuaikan dengan bahagian bum-stop back piece.

Sumber gambar: Pipeburn

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan