ECLIMO DARI MALAYSIA ADALAH SYARIKAT EV YANG MULA PADA 2008. SKUTER ELEKTRIK ECLIMO ES11 BOLEH DISEWA DI PENANG, KL DAN BEBERAPA KAWASAN DI SELANGOR.

Eclimo mula sebagai syarikat penyelidikan dan pembangunan pada 2008 di mana mereka membangun serta kaji selidik batteri EV, motor EV dan skuter elektrik. Pada 2012 mereka mula memasarkan skuter elektrik kepada KFC dan polis tempatan. Dari 2014 ke 2015, mereka meningkat pengeluaran dan juga mula penyelidikan dan pembangunan batteri EV besar, motor dan juga batteri EV dikitar semula. Sejak itu, fokus mereka adalah pada pemasaran motosikal elektrik, batteri dikitar semula, batteri EV dan motor EV.

Selain daripada skuter elektrik, Eclimo juga menghasil kuasa Eclimo iaitu pek kuasa mesra alam yang mengganti generator petrol.

SKUTER ELEKTRIK ECLIMO ES11

Skuter elektrik ES11 yang dibina secara tempatan adalah sama dengan motosikal 125cc. ES11 zero-emission mempunyai kelajuan maksimum 100km/j, kapasiti 20% dan jarak gerak 100 km bagi setiap caj. Tambahan pula, diluluskan sepenuhnya oleh Sirim, JPJ dan juga European ECE homologation, motosikal ini sesuai untuk kegunaan jalan raya. Radial hub 11 inci mengandungi motor elektrik yang menjana kuasa maksimum 6000W dan tork 110Nm.

Related Post

ES11 sedang diguna oleh KFC, AMANITA-PDRM, MBPP dan majlis bandar Petaling Jaya. ES11 juga diguna di luar Malaysia sebagai tuk-tuk oleh warisan UNESCO di Angkor Wat, Cambodia.

     

Setakat ini, ES11 tidak boleh dibeli oleh kerana kos pengeluaran tinggi. Namun, ES11 boleh disewa untuk sehari, sebulan atau setahun di Penang, Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor, Malaysia.

GALLERI ECLIMO ES 11

  

  

  

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah