Categories: Berita

Siri 500 Honda 2019 kini boleh didapati di Malaysia

BOON SIEW HONDA MENGUMUMKAN BAHAWA SIRI 500 HONDA 2019 KINI BOLEH DIDAPATI DI MALAYSIA. CBR500R, CB500F DAN CB500X SEMUA MEMPUNYAI PENINGKATAN BESAR.

CBR500R, CB500F DAN CB500X Launched in Malaysia | Sumber gambar: Honda Big Bike

Boon Siew Honda telah memperkenalkan versi 2019 bagi trio siri 500 Honda. CBR500R, CB500F dan CB500X kini boleh didapati dimana-mana peniaga rasmi Honda di Malaysia. Pada satu acara hari ini, BSW mengumumkan kepada sidang media maklumat mengenai ketiga-tiga motosikal ini.

Dengan powertrain yang sama, enjin silinder kembar selari, siri 500 ini menawarkan prestasi hebat serta jarak perjalanan yang baik. Dengan kuasa 37 kW dan tork 45 Nm, enjin ini menawar gerak balas hebat pada ligatan rendah. Pada ligatan tinggi, silinder kembar ini mengeluarkan bunyi seperti jentera berprestasi tinggi.

Ciri-ciri baru yang biasa antara ketiga-tiga Honda adalah sistem brek anti-kunci (ABS), suspensi belakang baru, kluc jenic slipper/assist, penyalaan LED penuh dan instrumen LCD dengan posisi gear serta indikasi untuk shift-up.

Keselamatan tambahan termasuk isyarat berhenti kecemasan. Lampu hazard depan dan belakang akan aktif jika brek ditekan dengan tiba-tiba untuk memberi amaran kepada pemandu lain.

Siri Honda 500 amat berjaya di seluruh dunia. Mereka diperkenalkan pada 2013 dan sejak itu penuggang motosikal telah menerima jentera ringan ini dan menjadikan motosikal ini paling banyak dijual. Terdapat juga model berbeza untuk setiap orang.

Related Post

Honda CBR500R | Sumber gambar: RevsPassion

Honda CBR500F | Sumber gambar: Bennetts Insurance

Honda CBR500X | Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

CBR500R adalah jentera sukan middleweight yang bukan terlalu agresif seperti model supersport. Reka bentuk agresif adalah ciri utamanya. Bagi CB500F, ia adalah urban naked. Senang diguna semasa menunggang di bandar. CB500F juga sangat menjimatkan dengan penggunaan bahan api rendah. Akhirnya, CB500X adalah motosikal untuk penunggang yang suka jelajah. Walaupun ia bukan untuk tunggangan off-road sepenuhnya, CB500X ini mempunyai suspensi yang kukuh untuk menangani tunggangan off-road ringan.

Boon Siew Honda mengumumkan harga bagi setiap versi. CBR500R adalah RM34,999. CB500F adalah RM33,999 dan CB500X RM36,099. Setiap model boleh didapati dalam pilihan warna berlainan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah