FIM, IRTA DAN DORNA SPORTS MENGUMUMKAN PEMBATALAN GP BRITISH DAN AUSTRALIA OLEH SEBAB WABAK CORONAVIRUS.

Para penganjur telah mengumumkan pembatalan Grand Prix British dan Australia. Grand Prix British telah ditetapkan untuk bermula dari 28 hingga 30 Ogos di litar klasik Silverstone. Grand Prix Australia pula sepatutnya mula dari 23 hingga 25 Oktober di litar legenda Phillip Island Grand Prix. Manakala, oleh sebab pandemik coronavirus yang masih berterusan kedua-dua acara ini telah dibatalkan. Tambahan pula, British Talent Cup juga telah dibatalkan.

CARMELO EZPELETA, CEO DORNA SPORTS:

“Kami sedih harus mengumumkan pembatalan peristiwa ikonik ini setelah tidak menemukan jalan keluar dari masalah logistik dan operasi yang disebabkan oleh wabak dan kalendar yang disusun semula. Silverstone dan Phillip Island selalu menjadi dua perlumbaan hujung minggu yang paling mendebarkan musim ini; dengan kedua-dua trek tidak pernah gagal dalam janji mereka untuk memberikan beberapa perlumbaan terhebat dalam Kejuaraan kami.

“Bagi pihak Dorna; Saya ingin sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat kerana memahami dan sabar kerana kami menunggu sehingga keadaan bertambah baik. Kami berharap dapat kembali ke Silverstone dan Phillip Island tahun depan untuk pertempuran yang lebih luar biasa.”

Related Post

Silverstone telah menjadi tuan rumah untuk Grand Prix pertama yang diadakan pada tanah besar British dari 1977. MotoGP kembali ke trek terkenal tersebut sepuluh tahun lalu. Malangnya, 2020 akan menandakan tahun pertama MotoGP tidak akan melihat sebarang aksi atas trek di British Isles. Bagi Grand Prix Australia; Phillip Island menjadi tuan rumah buat pertama sekali untuk Grand Prix Australia pada 1989. Sejak 1997 ia telah menjadi satu-satunya rumah bagi MotoGP Australia.

Sangat menyedihkan apabila melihat coronavirus menjadi masalah serius untuk musim MotoGP tahun ini. Namun, pihak penganjur mengumumkan Grand Prix Virtual Britain untuk Ahad awal minggu ini. Oleh itu, kami gembira kerana peminat berpeluang untuk melihat aksi. Sekiranya anda berminat; anda boleh membaca mengenainya di sini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan