Categories: Berita

Benelli SRK600 Street Fighter baharu dilihat

PENGGANTI BENELLI TNT 600, SRK600/SR600K TELAH DILIHAT DALAM BENTUK SIAP DALAM KILANG.

Terdapat beberapa khabar angin dan kebocoran mengenai motosikal naked size sederhana terkini dari Benelli dengan nama “BN600” namun, motosikal ini telah tular di laman-laman web permotoran seluruh dunia. Kebocoran terkini dari media Cina menunjuk SRK600 atau SR600K di kawasan kilang mengisyaratkan motosikal agak siap untuk dilancarkan secara rasmi. SRK600 adalah penggantian motosikal naked TNT 600 Benelli yang sudah berada lama dalam pasaran. Menurut spyshot motosikal yang hampir siap, kami boleh membuat spekulasi mengenai beberapa perkara dan ini adalah semua yang anda perlu tahu!

BENELLI SRK600

Kami memang menemui beberapa konsep bocor tetapi motosikal selesai ini akhirnya mengesahkan beberapa ciri yang kami boleh jangka lihat. SRK600 memaparkan kerangka trellis yang biasanya adalah identiti jentera dua roda dari Itali. Skrin TFT dan penukar gear LED mengisyaratkan beberapa mode tunggang, kawalan traction multi-stage dan ABS. Tambahan pula, melihat konsol yang dipasang pada tangki, SRK600 kelihatan mengguna pencucuhan tanpa kunci (Keyless ignition).

Related Post

Bagi enjin pula, menurut manifold ekzos kami boleh mengesahkan SRK600 akan datang dengan enjin empat-sebaris 600cc seperti TNT 600. Ini bermakna kami boleh menjangkakan motosikal ini datang dengan transmisi enam-kelajuan dan menolak lebih dari 80hp dan tork 50 Nm.

Tambahan pula, suspensi SRk600 memaparkan fork depan terbalik teleskopik dan mono-shock di belakang. Fork kelihatan boleh dilaras malangnya maklumat terperinci mengenai komponen suspensi sukar untuk disumpulkan dari beberapa gambar. Namun, kita dapat lihat dengan jelas Brembo mengurus brek dengan kaliper monoblock M4 yang dipasang secara berseri.

PELANCARAN?

Keseluruhannya, SRK600 kelihatan agresif dan kami tidak sabar untuk lihat apa Benelli akan keluarkan. Bagi pelancaran pula, kami jangka Benelli akan lancar motosikal ini pada EICMA 2020 sebaik sahaja keadaan Covid-19 mengendap. Jadi untuk perincian lebih mendalam mengenai motosikal ini, kita hanya perlu menunggu sehingga seseorang membocorkan lebih banyak maklumat atau Benelli secara rasmi mengumumkan spesifikasi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah