Categories: Sukan Motor

Kejuaraan Superbike akan memberi Bautista peluang di MotoGP

JIKA ALVARO BAUTISTA MEMENANGI KEJUARAAN WORLD SUPERBIKE, DIA AKAN DAPAT PULANG KE MOTOGP DENGAN MOTOSIKAL KILANG DUCATI.

Alvaro Bautista | Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

11 kemenangan dari 11 perlumbaan. Itu adalah satu rekod hebat yang Alvaro Bautista mencapai dalam musim pertama di kejuaraan World Superbike. Keputusan hebat itu memberikan pelumba Sepanyol itu pengiktirafan dari pengurusan Ducati Corse dan, dengan cara itu, dari beberapa peminat lumba motosikal yang menganggap Bautista tidak begitu istimewa, dia berhak mendapat tempat di MotoGP.

Ia amat jelas bahawa Ducati Corse benar-benar gembira dengan keputusan Bautista semasa berlumba dengan Panigale V4 R baru, tetapi keputusan ini mungkin akan memberi pengurus-pengurus Ducati sakit kepala besar.

Menurut laman web Itali GPOne, kontrak Bautista dengan Ducati apabila dia beralih dari MotoGP ke Superbike pada hujung musim lepas mempunyai beberapa klausa. Salah satu klausa tersebut ialah pasukan Ducati Aruba.it perlu membayar Bautista 200,000 euro. Paolo Ciabatti, pengurus sukan Ducati, kata kepada GPOne bahawa wang tersebut akan dibayar dalam kadar 50/50 yang dibahagikan antara Ducati dengan penaja pasukan Aruba.it.

Related Post

Tetapi itu bukan bahagian yang paling hebat dalam kontrak World Superbike Alvaro Bautista!

Menurut sumber sama, jika Bautista memenangi kejuaraan World Superbike, dia akan diberi satu tempat salah satu motosikal Ducati Desmosedici di MotoGP pada musim 2020. Itu bermakna Bautista yang mempunyai pengurus sama dengan Andrea Dovizioso mempunyai insentif tambahan untuk menjamin kejuaraan Superbike kerana jika dia berjaya, dia sudah tahu dia akan dapat pulang ke perlumbaan motosikal terhebat di dunia.

Jika Alvaro Bautista mendapat peluang untuk kembali ke MotoGP, dia mungkin akan menyertai Andrea Dovizioso di pasukan Mission Winnow Ducati, mengganti Danilo Petrucci, pelumba Ducati Corse yang dilaburkan untuk musim ini, tetapi khabar angin mengatakan bahawa pengurusan Ducati tidak begitu puas dengan keputusan Petrucci tunjukkan sekarang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan