Categories: Berita

Honda CB500X 2021 dapat tiga warna baru di Malaysia – RM 36,099

BOON SIEW HONDA MENDEDAH HONDA CB500X 2021 DI MALAYSIA. IA MENDAPAT TIGA PILIHAN WARNA BARU UNTUK 2021.

Boon Siew Honda (BSH) melancar Honda CB500X adventure tourer 2021 yang diperbaharui di Malaysia. Pada 2019, Honda CB500X dilahirkan semula dengan gaya adventure yang lebih agresif dengan peningkatan aerodinamik, ergonomi penunggang yang lebih baik serta komponen suspensi dan brek yang lebih baik.

Pada tahun 2019 model ini menerima rekaan fairing dan kaca depan yang agresif yang meningkatkan prestasi aerodinamik keseluruhan motosikal. Di sisi keselesaan, Honda merampingkan profil tempat duduk dan meningkatkan sudut stereng hingga 38° untuk meningkatkan ergonomi dan kemampuan bergerak.

Bagi roda dan suspensi pula, model ini menerima roda depan 19 inci dengan fork depan teleskopik dengan preload boleh laras dan monoshock prolink dengan preload 5 tahap di belakang. ABS dipasang sebagai standard dan CB500X menerima cakera 310mm dengan dua kaliper di depan dan cakera 240mm dengan kaliper omboh tunggal di belakang.

Di samping itu, CB500X juga mendapat beberapa peningkatan powertrain pada tahun 2019. Honda menaik taraf intake, ekzos dan injap pada enjin selari-kembar 471cc yang disejukkan cecair. Dipadankan pada kotak gear 6 kelajuan dengan klac jenis assist dan slipper, model CB500X pasca-2019 menjana 49.7 hp @ 8,500 rpm dan tork puncak 44,7 Nm @ 7,000 rpm.

Related Post

Ciri-ciri lain termasuk:

  • Isyarat Berhenti Kecemasan.
  • Bunyi lebih sporty dari dual-exit muffler.
  • Berat ringan.
  • Paparan instrumen LCD dengan Gear Position dan Shift up Indicator.
  • Penyalaan LED penuh

Untuk tahun 2021, komponen mekanikal pada Honda CB500X tetap sama di Malaysia. Namun, model 2021 mendapat tiga pilihan warna baru: Mat Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red & Pearl Metalloid White. Untuk seiras dengan skema warna, CB500X 2021 baru juga mendapat subframe belakang merah sebagai penghormatan kepada model Afrika Twin

HARGA HONDA CB500X 2021 DI MALAYSIA

Honda CB500X 2021 berharga RM 36,099 (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran) di Malaysia. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama dua tahun atau 20,000km dengan model ini.

Sumber: Boon Siew Honda

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah