Categories: BeritaKonsep & Kustom

Fly Free Smart Motorcycles menghasilkan produk luar biasa dengan Smart Classic dan Smart Desert

Apakah masa depan industri motosikal? Adakah superbike akan menjadi norma? Adakah motosikal terbang menguasai langit serta jalan? Langkah depan selepas ketibaan motosikal konvensional adalah motosikal elektrik yang membawa kami lebih dekat kepada masa depan yang diingini. Kebanyakan motosikal elektrik kini terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz disertai dengan teknologi yang canggih. Fly Free Smart Motorcycles menggabungkan teknologi elektrik dengan teknik klasik dengan motosikal Smart Classic dan Smart Desert mereka.

Syarikat ini dipelopori pada tahun 2016 di Long Beach, California dan bertuju untuk menggabungkan reka bentuk klasik bersama dengan teknologi terkini bagi menghasilkan satu produk yang terbaik. Motosikal mereka dilengkapi dengan motor elektrik 3000W dan mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 50 mph serta jarak perjalanan sebanyak 50 batu maka ia hanya sesuai untuk tunggangan urban dan berkelajuan rendah.

Related Post

Smart Classic ini merupakan satu cafe racer yang mempunyai estetika yang luar biasa yang direka dengan baik. Smart Desert pula mempunyai gaya scrambler dan lebih sesuai untuk tunggangan off-road dan pengembaraan.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan lampu LED,paparan instrumen digital, grafik LED pada sisi motosikal, tiga mod tunggangan (eco, city dan speed), port caj USB, kunci pintar, dan butang push start.

Syarikat ini telah mengeluarkan Smart Desert beberapa bulan yang lalu dan kemudian mendedahkan cafe racer Smart Classic. Fly Free Smart Motorcycles dijangka akan menghasilkan model lain, jadi akan ada tiga motosikal dalam generasi itu.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan