Categories: Berita

Thailand akan terima lebih banyak pengeluaran Triumph

MENURUT SUMBER, CEO NICK BLOOR MENGHANTAR SURAT KEPADA PEKERJANYA TENTANG PELAN MEREKA UNTUK MEMINDAH LEBIH PENGELUARAN KE THAILAND.

Triumph membina sekitar 65,000 motosikal setahun. Namun, hanya 6,000 hingga 7,000 unit dibina di Hinckley. Ini termasuk model teratas TFC dan Speed Triple dan Tiger 1200 yang dihasilkan secara besar-besaran. Dari 65,000 unit, majoriti motosikal Triumph keluar dari tiga kilang Thailand mereka.

BERITA

Namun, Triumph telah mengalih pengeluaran besar-besaran mereka ke kilang Thailand mereka di luar Bangkok selama ini.

Menurut beberapa sumber, pengeluaran besar-besaran Speed Triple dan TIger 1200 akan dipindahkan ke kilang Thai tidak lama lagi. Tetapi, pengeluaran model TFC masih tetap di Hinckley. Kilang Hinckley juga menghasil sekitar 4,500 unit termasuk prototaip dan projek-projek istimewa lain.

“Kami kini sedang bersedia untuk pertumbuhan strategik Triumph seterusnya. Kami ingin memaksimumkan peluang pertumbuhan jenama secara antarabangsa, terutamanya di pasaran Asia. Ini adalah sebab kami sedang meningkat sumber reka bentuk kami di UK dan fokus pada kemampuan pengeluaran besar-besaran di Thailand,” kata Bloor, CEO Triumph.

Related Post

“Masih terdapat kemampuan pengeluaran di UK tetapi peranan kemudahan kami di Hinckley akan disusun semula untuk membenarkan kami untuk mereka lebih keupayaan nilai tinggi.”

Hasil keputusan ini adalah antara 40 hingga 50 kerja pengeluaran di Hinckley akan hilang. Namun demikian, selepas perubahan itu, kilang Hinckley akan menjadi pusat “Centre of Excellence for Research and Development” dan Triumph akan mengupah jurutera reka bentuk untuk pusat R&D ini. Kilang Thai akan dikenali sebagai “Centre of Excellence for Manufacturing”.

Sumber: Visor Down

Kami melaporkan lebih awal mengenai perkongsian antara Triumph dan Bajaj. Dengan berita ini kita tidak sabar untuk lihat lebih banyak Triumphs di jalan-jalan Asia! Kita boleh mengharapkan untuk melihat model Adventure, Street dan Speed yang lebih kecil yang direka khas untuk pasaran Asia dalam tahun-tahun yang akan datang.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah