BINTANG MUDA INI TELAH PULIH DARI KECEDERAANYA DAN SIHAT UNTUK SAING DALAM KEJUARAAN KELAS PREMIER PERTAMANYA.

Jorge Prado | Sumber gambar: KTM Factory Racing

Red Bull KTM Factory Racing akan menghadapi pusingan pertama FIM ‘MXGP’ Motocross World Championship 2020 dengan Jorge Prado sebagai debut kelas premier. Pembuka musim British Grand Prix akan diadakan di Matterly Basin, hujung minggu ini.

Prado, 18 tahun, akan sertai rakan sepasukan MXGP Toni Cairoli dan Jeffrey Herlings. Juara dunia MX2 pada 2018 dan 2019 mengalami femur kiri yang patah dan telah menghabiskan tiga minggu luar trek untuk pemulihan dan rawatannya. Kini, Prado yakin untuk bersaing semula dan bertekad untuk memberi keputusan yang baik.

Trio ini adalah salah satu pasukan terbaik dalam kelas premier dalam sejarah 64 tahun dengan lima belas kejuaraan dunia FIM antara mereka. Cairoli (89 kemenangan) juga telah pulih dari kecederaan pada bahunya yang dia dapat Jun yang lepas. Herlings (86 kemenangan) mempunyai prestasi pra-musim yang sangat baik. Dia masih belum dikalahkan di UK dan Perancis dan merancang untuk membawa keyakinan ini pada musim baru.

JORGE PRADO (RED BULL KTM FACTORY RACING)- APA YANG DIJANGKA?

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Saya sangat gembira dapat berada di Matterley dan saya membuat keputusan untuk hadir supaya mendapat beberapa mata yang mungkin penting tiba akhir kejuaraan ini. Saya telah bekerja keras sejak pembedahan supaya dapat bersaing dalam perlumbaan ini. Jadi, saya tidak akan mengambil sebarang risiko. Saya telah berada atas motosikal hanya untuk dua minggu jadi saya tidak mengharapkan apa-apa.”

Related Post

“Jika anda mempunyai cuti dua bulan kemudian hanya dua minggu untuk bersedia maka ia bukan apa-apa. Saya rasa saya boleh menunggang lebih keras beberapa hari yang lalu. Pasukan amat gembira saya akan bersaing. Saya akan mula kerjaya MXGP dalam keadaan mencabar tetapi saya harap selepas beberapa pusingan saya akan rasa lebih baik dan boleh berlatih lagi,” kata Prado seperti dipetik dari KTM Factory Racing.

TONY CAIROLI (RED BULL KTM FACTORY RACING)- APA YANG DIJANGKA?

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“Seperti biasa saya tidak sabar untuk musim seterusnya. Buat setakat ini saya tidak berada pada tahap terbaik tetapi semakin bertambah setiap minggu. Jangkaan saya sentiasa untuk berada atas podium: kita akan berusaha untuk itu dan berkumpul semula melalui semua perlumbaan tahun ini.”

JEFFREY HERLINGS (RED BULL KTM FACTORY RACING)- APA YANG DIJANGKA?

Sumber gambar: KTM Factory Racing

“2019 adalah teruk bagi kerjaya saya dan banyak telah saya pelajari dari tahun itu. Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk bersaing dalam semua dua puluh perlumbaan dan cuba berjuang untuk kejohanan. Mentaliti saya kini berbeza. Saya rasa saya tidak perlu memenangi setiap perlumbaan. Jika saya boleh dapat kemenangan podium maka ia amat bagus. Matterley mungkin mencabar dengan keadaan cuaca tetapi ia adalah trek hebat untuk mulai tahun ini dan leganya untuk datang sana dalam keadaan sihat dan sedia.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan