Categories: BeritaEvent

Royal Enfield Sedia Mendedahkan Bullet 350 dan Kejutan Elektrik?

Bersiap sedia dan tandakan kalendar, kerana Royal Enfield sedang bersiap sedia untuk satu hari yang besar pada 1 September.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Pengeluar motosikal ini secara rasmi mengumumkan pelancaran Bullet 350, tetapi berdasarkan desas-desus komuniti peminat motosikal terdapat lebih daripada satu kejutan.

Ini kerana antara logo yang dikongsikan iaitu Bullet 500, Bullet Sixty-5, dan Electra, logo paling misteri adalah “Royal Enfield E.”

Bagaimanapun teka-teki tersebut tidak mungkin akan kekal selamanya apabila Royal Enfield mengakui bakal mengeluarkan motosikal elektrik.

Tetapi peralihan tersebut hanya akan berlaku apabila teknologi bateri menjadi lebih berpatutan dan praktikal.

Kemudian muncul pula desas-desus tentang prototaip motosikal Royal Enfield tanpa emisi, dan didedahkan bahawa syarikat induk Royal Enfield, Eicher, telah melabur sebanyak €50 juta, ke dalam bidang teknologi kenderaan elektrik (EV).

Related Post

Pelaburan ini memberikan kredibiliti kepada idea motosikal elektrik, walaupun dalam jangka masa yang jauh.

18 hari lalu pula, dunia motosikal menerima kejutan apabila Royal Enfield dijangka sertai dunia motosikal elektrik sekitar 2025 ataupun 2026.

Pendedahan ini telah menimbulkan spekulasi bahawa majlis pada 1 september mungkin menjadi tayangan awal kepada masa depan jenama tersebut.

Jadi, apa yang boleh kita harapkan daripada Royal Enfield pada 1 September? Petunjuk-petunjuknya sangat mengujakan dan mungkin kita akan lihat mereka membuka lembaran baru.

Justeru itu, mengambil kira perkongsian mereka tentang aspirasi elektrik, Peminat boleh menjangkakan majlis pada 1 september ini akan mempersembahkan dua elemen iaitu warisan klasik dan evolusi canggih Royal Enfield.

Sama ada motosikal Bullet yang zaman dahulu atau jentera elektrik futuristik, satu perkara pasti iaitu majlis pelancaran pada 1 September dijangka akan menjadi satu momen yang akan menggegarkan sejarah motosikal tempatan.

Muiz Aziz