Categories: Berita

Keanu Reeves mempamerkan koleksi motosikalnya yang mengagumkan

Pelakon Hollywood, Keanu Reeves, memang adalah satu ikon dalam industri motosikal. Keanu Reeves terkenal untuk wataknya dalam beberapa filem seperti The Matrix, John Wick, Point Break dan banyak lagi. Kemahiran lakonannya telah menarik perhatian kami semua dan sesiapa pun mampu menjadi peminatnya dengan serta-merta. Jika anda tidak tahu, Reeves adalah co-founder untuk jenama motosikalnya, Arch Motorcycles, bersama dengan Gard Hollinger.

sumber gambar: GQ

Baru-baru ini, Keanu Reeves menyertai GQ untuk menunjukkan penontonnya motosikal kustom kegemarannya. Dia membentangkan kegemarannya dari Ducati hijau dalam The Matrix Reloaded kepada motosikal kustom tersendirinya dari Arch Motorcycles. Motosikal bukan sesuatu perkara yang baru bagi Reeves. Beliau telah menggunakan beberapa motosikal dalam filemnya seperti Chain Reaction dan John Wick.

Related Post

Pelakon ini meneruskan dengan sejarah motosikal dan bagaimana ia telah menyalakan semangatnya untuk mereka. Dia menunjukkan motosikal yang terdapat di ibu pejabat Arch Motorcycles di California, Amerika Syarikat.

Carrie Anne Moss menunggang Ducati dalam The Matrix Reloaded

sumber gambar: GQ

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan