Categories: Konsep & Kustom

Bullita Project #11 – Pengurangan adalah kelebihan

Baru-baru ini kebanyakan pembina motosikal kustom sering mencuba untuk mereka sebuah motosikal yang mempunyai gaya. Kadangkala apa yang diperlukan untuk mendapat kelebihan daripada pembinaan motosikal kustom adalah dengan mengurangkan penggunaan peralatan tersuai.

Inilah kesnya bagi hasil terkini Bullita Motorcycle, sebuah syarikat Perancis yang bekerjasama dengan jenama pakaian Kurva Gang dan sama-sama telah mereka Project #11.

Motosikal yang agresif dan racy ini sebenarnya adalah Honda CB750 1980 Bol d’Or. Versi stok motosikal hanya mempunyai rangka depan dan enjin sahaja. Semua bahagian lain telah diubah dan dipasang untuk memberi Project #11 ini gaya kemas dan reka bentuk straight-line dengan penggunaan bahagian tertentu serta unik.

Related Post

Dari kerja cat kustom hingga pemasangan lampu depan yang indah serta subframe yang dilengkapi dengan tempat duduk solo, Bullita telah memohon pertolongan Motogadget dan telah menggunakan beberapa bahagian khas seperti m.unit blue, m.blaze disc, m.switch mini dan motoscope mini.

Keputusan tersebut ialah Project #11 dan kami menyukainya!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah