Categories: Konsep & Kustom

CB4 Interceptor : Motosikal futuristik Honda

Honda CB4 Interceptor | Sumber gambar: Autonetmagz

Honda telah memperkenalkan motosikal konsep baru mereka CB4 Interceptor di acara motosikal EICMA, Milan, dan menggambarkan gaya cafe racer yang mungkin kelihatan pada masa depan.

Kerja ‘Total Black’ adalah hasil kajian syarikat dari jabatan penyelidikan dan pembangunan mereka di Rome dan mempunyai persamaan dengan Neo Sports Café. Honda telah berkata bahawa fokus mereka adalah pada Sport Endurance.

Related Post

Motosikal ini mempunyai skrin sentuh infotainment dan dikuasai oleh sebuah kipas terletak dihadapan motosikal dengan penggunaan tenaga kinetik yang dijana semasa menunggang. Skrin tersebut memaparkan aplikasi navigasi dan mampu membuat panggilan kecemasan.

Tetapi, motosikal ini hanyalah reka bentuk untuk menunjukkan keupayaan teknologi untuk berkembang dan bukannya idea yang akan dikeluarkan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah