UJIAN PRA-MUSIM RASMI AKAN DIADAKAN DI JEREZ MINGGU DEPAN.

PETRONAS Sprinta Racing | Sumber gambar: Petronas Sprinta Racing

UJIAN PRA-MUSIM RASMI AKAN DIADAKAN DI JEREZ MINGGU DEPAN.

PETRONAS Sprinta Racing telah menghadapi dua hari sesi uji yang menakjub di Circuito de Jerez-Angel Nieto dengan pelumba Xavi Vierge dan Jake Dixon selesai 282 pusingan.

Cuaca baik di sekeliling litar Sepanyol ketika Vierge menunggang melalui 64 pusingan pada hari pertamanya dengan catatan masa terbaik 1:42.080 saat. Pelumba Sepanyol ini mencatat hari kedua dengan 67 pusingan pada 1:41.721 saat.

Bagi rakan sepasukan Dixon, dia berjaya sesuai diri pada pakej Kalex yang amat baru bagi dia tahun ini. Dia selesai pusingan terbanyak pada hari pertama dengan 82 pusingan dan 69 keesokan hari. Dia mencatat masa terbaik pada 1:42.17 saat.

Duo ini akan kembali ke Jerez Circuit untuk ujian pra-musim rasmi pertama Moto2 2020 pada 19 hingga 21 Februari.

Related Post

XAVI VIERGE (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Bikes Republic

“Musim sejuk sudah begitu lama tetapi akhirnya saya boleh menunggang motosikal saya dan saya sangat gembira dengan perasaan yang saya ada sejak awal lagi. Perkara yang paling penting yang kita cuba ialah tayar depan baru dari Dunlop kerana ia berbeza dengan tahun lepas. Kami bekerja dengan baik dan kami dapati perasaan yang benar-benar positif pada semua tayar depan dan saya sangat gembira dengan itu. Kalex telah melakukan kerja yang luar biasa dengan casis baru dan swingarm dan dengan serta-merta apabila saya mencubanya, ia sudah rasa lebih baik daripada tahun lepas. Saya sangat berpuas hati dengan kerja yang kami lakukan kerana dalam dua hari ini kami banyak bekerja pada rentak perlumbaan, kami melakukan simulasi perlumbaan separuh dan perasaan itu begitu baik,” kata Vierge seperti dipetik dari PETRONAS Sprinta Racing.

JAKE DIXON (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Visordown

Kami menyesuai diri dari pengeluar lain ke Kalex dan ia lebih sukar daripada yang saya jangkakan. Jelas sekali untuk mempunyai krew baru untuk memahami saya, bagi saya untuk memahami jentera dan kemudian meletakkan semuanya bersama dalam dua hari memang sukar. Saya fikir kami melakukan banyak pusingan semalam, kira-kira 82, dan kemudian saya fikir kami melakukan sekitar 70 pusingan hari ini, jadi kami telah melakukan banyak pusingan untuk menyesuaikan diri. Lebih banyak lagi yang akan datang daripada saya dan saya akan pergi lakukan kerja rumah saya untuk melihat di mana saya boleh memperbaiki. Kami mempunyai tiga hari lagi di Jerez dan kemudian tiga hari di Qatar untuk memastikan kami sedia. Saya mula memahami sepenuhnya apa yang perlu saya lakukan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan