Categories: Berita

[Khabar angin] Honda mereka Honda CBR400RR 4-sebaris?

LAPORAN TERKINI DARI YOUNG MACHINE MENDAKWA HONDA CBR400RR 4-SEBARIS MUNGKIN AKAN KEMBALI TAHUN DEPAN UNTUK BERSAING DENGAN ZX-25R!

Majalah motosikal Jepun, Young Machine kini kembali dengan satu lagi laporan mengenai CMR400RR akan datang. Beberapa bulan lalu, artis di Young Machine menunjuk kami bagaimana motosikal itu boleh kelihatan. Namun mereka baru sahaja mengeluarkan satu lagi kemas kini mengenai khabar angin ini dan inilah dia!

Seperti yang kami semua tahu, jentera 4-sebaris 250cc Kawasaki, Ninja ZX-25R sudah sedia di Indonesia, Jepun, New Zealand dan Filipina. Walaupun motosikal itu terhad kepada beberapa pasaran tertentu buat sementara waktu kerana minat untuk ZX-25R semakin meningkat setiap hari; tetapi kami percaya Kawasaki mungkin akan mengembangkan ketersediaan motosikal ini di pasaran lain juga. Jadi, di sinilah muncul khabar angin ketibaan Honda CBR400RR. Sebelum kami mengulas dengan terperinci, jangan lupa; Young Machine adalah agensi berita pertama untuk melapor tentang ketibaan ZX-25R pada 2014, jadi ramalan/laporan mereka adalah sesuatu yang kami semua boleh bergantung pada.

DESAS-DESUS

Khabar angin terbaru Young Machine mendakwa Honda CBR400RR mungkin pulang pada tahun 2021 untuk melawan ZX-25R.

Related Post
NC23 Honda CBR400RR
Honda CBR400RR dengan sayap

Menurut laporan terbaru, motosikal ini akan menggunakan enjin empat silinder VTEC 4-sebaris 399cc dari CB400SF Super Four dan casis dari siri CBR650. Memandangkan Honda CBR400RR menggunakan powerplant CB400SF, kita dapat mengharapkan 400RR untuk menjana sekitar 56hp @ 11,000 rpm dan tork puncak 39 Nm @ 9,500 rpm. Bagi reka bentuk, ilustrasi motosikal Young Machine mempamerkan dua versi CBR400RR. Satu dengan fairing bergaya 250RR dan yang lain dengan fairing 250RR dan sayap tambahan. Kedua-duanya kelihatan menarik!

Honda CBR400RR
Honda CBR400RR dengan sayap

Walaupun hanya spekulasi buat masa ini, memandangkan CB400SF sudah tersedia di Jepun, kemungkinan Honda keluar dengan motosikal sport Honda CBR400RR 4-sebaris untuk tahun 2021 nampaknya boleh berlaku. Sekiranya semua berjalan mengikut laporan; kami fikir motosikal ini akan membuat kemunculan sulung pada akhir tahun depan. Ya, kami tahu anda juga berfikir tentang CBR250RR 4-sebaris. Sama seperti laporan sebelum, sekiranya Honda mempunyai rancangan untuk jentera 4-sebaris 250cc; ia mungkin akan muncul di muka depan selepas 400RR kerana Honda sudah mempunyai sumber untuk jentera 4-sebaris 399cc.

Sumber: Young Machine

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah