PASUKAN REPSOL HONDA TIDAK AKAN LUPA AHAD YANG LEPAS APABILA MARC MARQUEZ DAN JORGE LORENZO TIDAK BERJAYA MENAMATKAN PERLUMBAAN MOTOGP.

Jorge Lorenzo | Sumber gambar: MotoGP

 

Ia adalah satu hari yang buruk bagi pasukan factory Repsol Honda di MotoGP, apabila kedua-dua pelumba tidak berjaya untuk menyelesaikan perlumbaan MotoGP di litar Amerika. Marc Marquez terhempas dan Jorge Lorenzo terpaksa meninggalkan perlumbaan tersebut kerana kegagalan teknikal pada Honda RC213V.

Jika situasi Marquez boleh dianggap sebagai biasa, apa yang berlaku kepada Lorenzo bukan satu perkara yang biasa.

Honda sedang cuba untuk memahami apa yang telah berlaku kepada jentera mereka yang menyebabkan banyak kegagalan teknikal, tetapi Alberto Puig, pengurus pasukan Repsol Honda, menganggap bahawa Honda masih tidak tahu apa yang berlaku pada motosikal Lorenzo.

Related Post

Selepas kegagalan rantai yang dialami oleh Marc Marquez di Argentina GP, perkara yang sama berlaku pada Jorge Lorenzo semasa sesi kelayakan kedua di America GP pada Sabtu yang lepas. Pada hari Ahad pula, motosikal ini mengalami satu lagi masalah yang memaksa Lorenzo untuk meninggalkan perlumbaan MotoGP.

Alberto Puig (Right) | Sumber gambar: Bola

Alberto Puig menganggap apa yang berlaku hujung minggu yang lepas di Amerika tidak akan berlaku sekali lagi, namun dengan segala kuasa dari Honda Racing Corporation, kilang Jepun ini masih memerlukan banyak masa untuk memahami sama ada prototaip RC213V mereka mempunyai masalah ataupun apa yang telah pun berlaku hanya nasib buruk.

Bercakap dengan Motorsport.com, Jorge Lorenzo memberi jaminan bahawa apa yang berlaku pada motosikalnya dalam perlumbaan MotoGP bukan kegagalan rantaian, tetapi sesuatu yang berlainan.

Adakah Honda RC213V terjejas oleh masalah yang serius atau adakah semua ini nasib buruk? Kami akan mendapat jawapan tersebut pada pusingan musim MotoGP seterusnya di Jerez de La Frontera.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan