Categories: Konsep & Kustom

Yamaha Niken : motosikal konsep tiga roda

Yamaha Niken | Sumber gambar: Top Speed

Yamaha telah pun menampil beberapa konsep yang menakjubkan dan para pembaca pun terhibur dengan produk spektakuler Yamaha serta meluaskan pilihan mereka. Sebenarnya, semalam kami telah membincang tentang trak pikap khusus untuk motosikal anda yang Yamaha sedang membangungkan.

Kali ini, Yamaha bercadang untuk menonjolkan kreativiti mereka dengan sportbike tiga roda mereka. Yamaha dikenali untuk beberapa pengeluaran sporstbike yang terbaik seperti, FZ-07 dan -10 Hyper Naked. Manakala, Niken yang baru ini amat berbeza.

Related Post

Industri ini mengalir dengan idea-idea baru dan motosikal tiga roda bukan sesuatu idea yang jarang. Motosikal ini dikatakan adalah inspirasi dari FZ-09 dengan kapasiti 845-cc yang disejukkan dengan cecair yang mampu menjana 105 hp kepada roda belakang.

Maklumat lanjut tentang spesifikasi motosikal masih belum diumumkan tetapi ia telahpun mencetus minat pembaca. Kami tidak tahu sama ada Yamaha akan mencipta sebuah segmen baru tetapi motosikal tiga roda ini semakin mengembang minat kami.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah