Erik Buell Goes Electric With ‘Fuell | Sumber gambar: Forbes

Baru-Baru ini, Erik Buell telah mengumumkan mereka akan melancarkan sebuah jenama Baru yang akan menawarkan motosikal-e dan motosikal elektrik. Syarikat Baru yang dinamakan Fuell dilancarkan pada Isnin di beberapa acara di New York and Paris.

Motosikal-e Fuell Fluid boleh didapati dengan jarak menunggang sebanyak 125 batu dengan dua buah bateri yang boleh ditanggal serta mengguna carbon belt drive dan hab internal-gear. Ia akan ditawarkan sebagai model pedelec dengan kelajuan maksimum sebanyak 20 mph atau model S-pedelec, dengan kelajuan maksimum sebanyak 28 mph.

Syarikat ini kini sedang mengambil pra tempahan untuk kedua-dua motosikal pada bulan April dan akan mengeluarkan model motosikal-e Fluid akhir tahun ini. Penghantaran pertama motosikal elektrik Flow akan bermula awal 2021.

Related Post

Erik Buell, bekas jentera Dari Harley-Davidson mempelopori Buell Motorcycle Company pada 1983. Ia bergabung dengan Harley-Davidson pada 1993 Dan Harley mengeluarkan motosikal berjenama Buell hingga 2009.

Rakan kongsi Buell termini di Fuell adalah Frederic Vasseur, seorang jurutera Perancis motorsport dan pengurus pasukan Dan Francois-Xavier Terny, usahawan Perancis dan seorang pelabur.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan