Tiada Sekatan Jalan Raya Ketika Saingan MotoGP

Hampir 600 anggota Polis Diraja Malaysia bakal bertugas ketika saingan Grand Prix Malaysia 10 hingga 12 November depan.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Demi kelancaran saingan Grand Prix Malaysia, Ketua Polis Daerah KLIA ACP Imran Abd Rahman berkata tiada perancangan untuk menjalankan operasi khas terhadap pemandu dan penunggang kenderaan sepanjang perlumbaan tersebut.

“Kita tidak akan laksanakan sekatan jalan raya kerana ia akan menganggu kelancaran trafik, namun saya menegaskan agar mereka terus mengikuti undang-undang”.

Bagaimanapun Imran menegaskan bahawa terdapat tindakan tegas terhadap pengungjung yang memilih untuk meletakkan kenderaan di bahu jalan raya.

Related Post

Kerana terdapat hampir 34,000 tempat letak kenderaan percuma yang disediakan Litar Antarabangsa Sepang SIC selama 3 hari perlumbaan itu.

Imran turut menjelaskan bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) turut akan terlibat dengan pemantaun keselamtan pengunjung dan pengawalan pergerakan lalu lintas.

“Keadaan trafik dijangka sesak dengan kehadiran lebih 100,000 pengunjung, jadi saranan saya peminat harus merancang dengan bijak perjalanan ke SIC”.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz