Categories: Berita

GPX Demon GR200R Da Corsa 2 2023 dilancar di Thailand

GPX DEMON GR200R DA CORSA 2 2023 KINI DIDATANGKAN DALAM TIGA WARNA PADA 89,500 BAHT.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

GPX baru sahaja memperkenalkan motosikal sukan Demon GR200R Da Corsa 2 (2023) yang kini didatangkan dalam tiga pilihan warna baharu, pada harga 89,500 baht (RM11,200).

Tiga skema warna yang ditawarkan ialah Racing Grey (kelabu), Daytona Black (hitam) dan Da Corsa Blue (biru). Spesifikasi Da Corsa 2 adalah sama dengan varian GR200R, tanpa sebarang perubahan.

Da Corsa Edisi Pertama telah diperkenalkan pada 2020 tetapi menggunakan enjin satu silinder dengan 2 injap. Walau bagaimanapun, model GR200R Da Corsa 2 meminjam rangkaian kuasa GR200R, iaitu enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 198cc SOHC dengan sejukkan cecair.

Related Post

Ia mampu menjana kuasa 19.1hp @ 9,000rpm dan 17.45Nm @ 7,500rpm tork. Ia dipadankan dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Demon GR200R Da Corsa 2 didatangkan dengan sistem pencahayaan LED untuk lampu depan dan belakang serta panel meter digital berwarna penuh. Ia mempunyai sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan monoshock YSS di bahagian belakang.

Ia juga mempunyai tayar IRC dan rantai JPS. Dimensi jentera ialah 2,020mm panjang, 747mm lebar dan 1,145mm tinggi, manakala jarak roda adalah 1,350mm dengan jarak tanah 159mm. Ketinggian pelana ialah 815mm. Ia mempunyai berat maksimum 155kg dan kapasiti tangki minyak 11 liter.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah