BOON SIEW HONDA BARU SAHAJA LANCAR KEMAS KINI KAPCAI HONDA WAVE 125I 2021 DI MALAYSIA. MODEL INI MENDAPAT KEMAS KINI KUASA DAN REKA BENTUK UNTUK 2021.

Boon Siew Honda baru menampilkan kemas kini Honda Wave 125i unruk 2021 bagi pasaran Malaysia semalam. Dilengkapi dengan enjin 125 cc yang mematuhi piawaian Euro4. dengan teknologi PMG-Fi Honda (Programmed Fuel Injection), Honda Wave 125i masih merupakan moped berkuasa dan efisien dengan bahan bakar. Untuk 2021, model ini mendapat reka bentuk dial baru dan juga 3 warna baru.

Dikuasakan oleh enjin silinder tunggal, 4-lejang, sejukkan udara dengan teknologi PMG-Fi Honda yang dipadankan dengan transmisi jenis auto-klac 4-kelajuan, Honda Wave 125i 2021 mampu menjana 9 hp @7,500 rpm dan tork puncak 10.1 Nm @5,000 rpm.

Related Post

Model ini mempunyai suspensi jenis teleskopik di depan dan twin shock di belakang. Terdapat brek jenis cakera hidraulik di depan dan belakang. Honda Wave 125i 2021 didatangkan dengan roda 17 inci yang dibalut tayar 70/90 di depan dan 80/90 di belakang.

Honda Wave 125i turut mendapat tangki simpanan 18 liter, lampu LED dan panel meter premium.

Honda Wave 125i 2021 ditawarkan dalam tiga warna, Extravagant Gold Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue.

Model Honda Wave 125i 2021 tiba dengan harga jualan RM6,499 di Malaysia (tidak termasuk cukai jalan, insuran, dan yuran pendaftaran). Model ini boleh didapati di kesemua pusat pengedar sah Honda bermula 5 Mac 2021.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan