Triumph Daytona 765 | Sumber gambar: Visordown

Peminat motosikal amat teruja tentang pengembalian Triumph Daytona sejak syarikat tersebut mula memberi beberapa petua. Akhirnya, ini akan menjadi satu realiti oleh kerana beberapa gambar intip mengenai Triumph Daytona 765 baru telah didedahkan, sumber dari RideApart.

Daytona 765 baru akan dilengkapi dengan enjin tiga silinder yang telah dibangunkan oleh syarikat ini untuk prototaip Moto2. Enjin ini mampu menghasilkan 135 hp dan boleh dinaik taraf untuk meningkatkan kuasa dan untuk memenuhi peraturan emisi Euro V terkini.

Related Post

Triumph juga akan menjadi pembekal enjin tunggal kelas Moto2 pada musim 2019.

Bahagian luar akan sama dengan versi semasa Daytona 765 tetapi mungkin dilengkapi dengan lampu LED dan panel instrumen TFT.

Daytona 765 baru ini dijangka akan mempunyai suspensi top-spec dari Ohlins, brek Brembo rare-spec, dan elektronik terkini yang terdiri daripada mod tunggang, ABS, quickshifter dan kontrol traction sebagai standard.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan