Categories: Berita

Confederate Motorcycles hasil Hellcat baru pada 2020?

MODEL BARU DENGAN MOTOSIKAL SEDIA ADA?

Harley-Davidson FXDR | Sumber gambar: TopSpeed

Jika anda terlepas, Confederate Motorcycles LLC akan mula pengeluaran motosikal berkuasa tinggi besar V-kembar di Birmingham, Alabama. Selepas dihidupkan semula oleh dana model teroka (venture capital fund) Ernest Lee Capital, firma ini akan kembali sekali lagi dan mula jual baki Confederate P-51 Combat Fighter dan FA-13 Combat Bombers.

Apa yang lagi menarik adalah spekulasi tentang model Hellcat baru. Menurut TopSpeed, pasukan di Confederate sedia untuk membaik pulih Harley-Davidson FXDR sebagai asas untuk motosikal Hellcat baru.

Harley-Davidson FXDR | Sumber gambar: RevZilla

Related Post

FXDR 114 mempunyai enjin terbesar dari Milwaukee-Eight 114 dengan 1868 cc. Ia mempunyai struktur casis baru dengan tayar belakang 240-section dan swingarm ringan aluminium. Ini adalah kali pertama Confederate telah mengambil strategi untuk membangun model baru dengan mengguna motosikal sedia ada dan semua pensijilan mereka.

Memang tidak disangka, jentera ini mempunyai tanda harga tinggi dengan tambahan ABS asas. “Ia agak mahal. Kos ABS adalah $12,000 pada satu model dan hanya boleh digunakan pada model tersebut sahaja. Jadi jika saya menukar berat, saya perlu mendapat pensijilan semula,” kata Lee seperti dipetik dari Top Speed.

Hellcat baru mungkin memapar motor lebih kecil berbanding dengan model sebelum yang mempunyai V-kembar triple-camshaft sejukkan minyak/udara 2163cc. Ia mampu menjana 90 hp dan tork maksimum 1198 lb-ft. Tambahan pula, ia mungkin datang dengan transmisi enam-kelajuan Cruise Drive dan klac jenis slip dan assist untuk memudahkan penukaran gear.

Kami juga jangka Fighter dan Wraith baru selepas pelancaran Hellcat. Confederate mungkin mengeluarkan Hellcat pertama pada tahun ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah