KELAS PREMIER TIDAK AKAN BERLUMBA DI LOSAIL INTERNATIONAL CIRCUIT UNTUK QATAR GRAND PRIX.

FIM, IRTA dan Dorna baru mengumumkan pembatalan semua sesi perlumbaan kelas MotoGP di Qatar.

Wabak coronavirus telah menyebabkan penguatkuasaan sekatan perjalanan Qatar. Ini memberi kesan kepada penumpang dari Itali dan lain-lain lagi. Setakat hari ini, semua penumpang yang tiba di Doha melalui penerbangan terus dari Itali atau telah melawati Itali pada dua minggu yang lalu akan dibawa terus ke kuarantin sekurang-kurangnya untuk 14 hari. Itali memainkan peranan penting dalam kelas MotoGP dan Championship. Oleh itu, pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk membatal pertandingan kelas premier.

Related Post

Pasukan dan pelumba bagi kelas Moto2 dan Moto3 sudah berada di Qatar untuk uji rasmi tiga hari. Ini bermakna mereka telah berada di Losail International Circuit awal minggu ini.  Perlumbaan bagi kedua-dua kategori ini mungkin diadakan.

Kelas lightweight dan intermediate akan bersaing dalam pembuka musim mereka dari Mac 6 hingga 8. Perkara sama akan digunakan untuk Piala Idemitsu Asia Talent. Pasukan itu akan mempunyai dua perlumbaan semasa Grand Prix Qatar pada seperti dirancang. Singgah lagi untuk jadual yang disemak semula.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan