Categories: BeritaSukan Motor

Tiada acara di Sepang International Circuit sehingga diberitahu kelak

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA LANGKAH INI ADALAH UNTUK MENGAWAL PENYEBARAN COVID-19.

Sepang International Circuit | Sumber gambar: Cycle News

Wabak coronavirus telah menjejaskan semua orang secara antarabangsa dan World Health Organisation (WHO) telah mengisytiharkan sebagai satu pandemik. Oleh itu, kebanyakan kumpulan aktiviti termasuk perlumbaan dan acara telah dibatal atau ditangguh. Beberapa perlumbaan MotoGP telah tertangguh atau dibatalkan. Kali ini pula, Sepang international Circuit (SIC) juga tidak akan mengambil risiko dan membahayakan kesihatan orang.

Menurut kenyataan yang diberi oleh Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, sebarang acara yang melibatkan perhimpunan ramai orang termasuk acara sukan yang telah diluluskan atau dianjurkan oleh ABS atau mana-mana agensi bawah KBS akan ditangguhkan atau dibatalkan menurut kesesuaian hingga 30 April 2020. Keputusan ini adalah untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan para atlet belia dan sukan yang terlibat untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Sumber gambar: Bikes Republic

Related Post

SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT (SIC) MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS MENGENAI KESIHATAN DAN KESELAMATAN AWAM DAN MENURUT NASIHAT DARI KERAJAAN, SEMUA ACARA SIC AKAN DIBATALKAN ATAU DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAHU KELAK.

Malangnya ini menjejaskan Asia GT Testing, Malaysia Speed Festival (MSF), Desmo Cup hujung minggu ini, 14 dan 15 Mac 2020, yang telah dibatalkan. Pusingan pertama dan kedua Malaysia Championship Series (MCS) yang telah dijadualkan pada 27 hingga 29 Mac dan 10 hingga 12 April bersama dengan pusingan pertama Malaysia Superbike Championship (MSBK) dari 3 hingga 5 April 2020 juga akan ditangguhkan.

Sumber gambar: Cycle News

SIC menggesa semua orang untuk selamat sepanjang masa dan mengelakkan daripada berada di kawasan yang sesak dan jika rasa tidak selesa atau sakit, sila berbincang dengan kakitangan perubatan sah. Bagi tetamu yang menghadiri mesyuarat di SIC, topeng muka, pembersih tangan dan pemeriksaan suhu akan dijalankan di semua penyertaan utama ke pejabat paddock dan litar.

SIC akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Motorsports Association of Malaysia (MAM) dalam persediaan maklumat terkini dan kemas kini mengenai situasi COVID-19.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan