Categories: Sukan Motor

MotoGP – Marquez bangga dengan keputusan ujian Jerez.

Takaaki Nakagami (LCR Honda) mungkin telah mengejutkan semua orang semasa sesi ujian Jerez pada minggu lepas sebelum cuti musim sejuk yang akan berlangsung sehingga hujung bulan Januari.

Marc Marquez menamatkan tahun ini dengan prestasi yang mengagumkan, bangga dengan kerja dari pasukan Honda Repsol walaupun beliau bukan penunggang yang terpantas pada litar. Juara semasa masih sedang pulih dari kecederaannya semasa sesi ujian Jerez tetapi beliau tetap menguji beberapa idea baru bagi tahun 2019.

“Kami telah cuba beberapa teknik serta mengumpul beberapa maklumat, terutamanya pada enjin, rangka, elektronik dan juga tayar. Kami mengguna jenis tayar belakang medium dan hard dan cuba untuk memahami cara ia berfungsi serta sediakan diri jika tayar-tayar tersebut diperlukan. Kami menguji beberapa tayar dan kombinasi”.

Related Post

Walaupun enjin dan pemasangan casis agak penting, tetapi Marc Marquez juga menerangkan bahawa Honda sedang membangungkan sebuah pakej aerodynamik baru untuk RC213V. Menurut penunggang Sepanyol, apa yang pasukan Honda dikehendaki menguji tidak mempunyai sebarang perbezaan.

Jadi, apakah status hubungan dengan rakan barunya Jorge Lorenzo?

“Kami telah berjumpa pada waktu pagi dan bercakap untuk sementara waktu. Dia berkata dia masih beradaptasi pada Honda, kerana ia adalah motosikal yang berbeza. Tetapi, saya gembira kerana kami dua setuju bahawa motosikal yang diguna sekarang perlu diperbaiki.

Pada cuti musim sejuk, Marc Marquez akan menjalani operasi pada bahu yang cedera dan dijangka berada dalam kecergasan penuh untuk sesi ujian rasmi pertama MotoGP pada 2019.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah