ISNIN, 9 MAC 2020 – MODENAS MENGUMUMKAN LEBIH DARI 10% PENGURANGAN HARGA UNTUK MODENAS PULSAR RS200 DAN MODENAS DOMINAR D400.

Pengurangan harga Modenas Pulsar RS200 dan Dominar D400

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah mengumumkan awal hari ini pengurangan harga lebih dari 10% untuk Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400.

Modenas Pulsar RS200 adalah motosikal fully-faired, manakala Modenas Dominar D400 adalah sport-tourer. Kedua-dua model berkenaan memapar enjin silinder tunggal, sejukkan cecair, empat lejang SOHC, sistem DTS-i dengan suntikan bahan api . Tambahan pula, motosikal-motosikal ini dilengkapi dengan ABS depan saluran tunggal (single-channel) jenama ByBre yang dipadankan pada kotak gear empat lejang enam-kelajuan.  Kedua-dua Pulsar Rs200 dan Dominar D400 mempunyai beberapa bahagian premium seperti rangka ringan dan kuat logam steel-pressed perimeter dan ekzos underbelly untuk memberi lebih kestabilan dan kawalan.

PENGURANGAN HARGA

Harga-harga baru ini akan mula dari 8 Mac 2020. Pulsar RS200 akan mempunyai harga RM9,900 iaitu RM1,360/12% kurang dari harga sebelum. Manakala, D400 akan mempunyai harga RM13,788 iaitu RM1,700 atau 11% kurang dari sebelum.

Related Post

Seperti dipetik dari kenyataan media, Roslan Roskan, CEO Modenas kata pengurangan harga adalah hasil daripada pengurangan kos pengeluaran untuk kedua-dua model ini.

“Melalui penambahbaikan dalam proses pengeluaran kami, kami dapat mengurangkan kos pengeluaran dengan ketara untuk model Modenas Pulsar RS200 dan Modenas Dominar D400 . MODENAS akan memberi manfaat penjimatan kos kepada semua peminat dua roda untuk menjadikan kedua-dua model popular ini lebih berpatutan di Malaysia” kata Roslan.

Selain dari pengurangan harga, MODEAS merancang untuk meningkatkan prestasi jualannya dengan memperluaskan portfolio produk dan capaiannya melalui pembukaan pengedar-pengedar sah baru. Tambahan pula, MODENAS juga merancang untuk memperkenalkan lima hingga lapan model baru (motosikal dan vairan) kepada pasaran Malaysia pada tahun ini.

Topik berkaitan: Modenas Ninja 250 SE ABS

Source: Modenas

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan