KEMAS KINI KAWASAKI NINJA H2 SX BARU DILIHAT SEDANG DIUJI. MODEL BARU MENDAPAT PEMBAHARUAN TEKNOLOGI DAN ESTETIK. INI ADALAH PERINCIANNYA!

Spy shot terkini Kawasaki Ninja H2 SX akan datang menampilkan model dengan beberapa kemas kini. Setakat ini, kemas kini tertumpu pada reka bentuk dan teknologi. Bermula dengan kemas kini teknologi, spy shot menunjuk sistem radar. Sebelum spy shot ini, terdapat beberapa laporan mengenai Kawasaki memilih untuk mengguna sistem radar BOSCH yang terdapat pada jentera tourer BMW, Ducati dan KTM. Bagi masa ini, kita tidak tahu bagaimana sistem radar Kawasaki akan berfungsi. Ini kerana, jika anda lihat dengan terperinci terdapat juga dashcam di belakang cermin depan. Jika dashcam berfungsi sebagai alat bantu sistem radar, maka Kawasaki akan menjadi pengeluar pertama untuk mengguna teknologi seperti. Namun, setakat ini, kami tidak dapat memberi perincian penuh mengenai sistem ini kerana ia masih sedang diuji dan maklumat tentang sistem radar Kawasaki agak jarang.

Selain daripada radar dan dashcam, unit radar belakang atas plat lesen dilihat. Ini mengisyaratkan sistem pengesanan buta BOSCH. Namun, kami tidak melihat penunjuk menghadap penunggang di cermin sisi jadi radar menghadap belakang mungkin mempunyai tujuan yang berbeza. Di bahagian dalam, H2 SX juga mendapat kluster instrumen TFT warna penuh baru.

Related Post

Bagi kemas kini estetik, Kawasaki juga memperbaharui kerja badan Di depan, model ini mendapat unit lampu depan LED yang baru dengan rekaan fairing yang disemak semula. Sepintas lalu, ia kelihatan sama dengan model semasa, tetapi jika anda lihat secara terperinci, anda mungkin dapat mengetahui facelift baru yang tersembunyi di bawah camo. Di bahagian belakang, reka bentuknya tetap serupa dengan model yang sedang berjalan.

PELANCARAN

Menurut sumber, model itu tidak akan dilancar hingga musim panas 2021, jadi kami berpendapat Kawasaki mungkin akan menambahkan beberapa lagi ciri dan mengemas kini model-model yang sedang diuji. Oleh itu, mari kita tunggu dan lihat apa Kawasaki ada untuk kita.

Sumber: RideApart

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah