LAPORAN TERKINI MENDAKWA SKUTER ELEKTRIK AKAN DATANG KTM AKAN BERDASARKAN BAJAJ CHETAK.

Kami semua tahu KTM sedang berusaha untuk mengembang portfolio produk mereka dan salah satu berita paling hangat dalam industri motor adalah skuter elektrik KTM akan datang dan ini adalah kemas kini ringkas mengenai projek ini.

KONSEP KTM E-SPEED

Untuk bermula, anda mungkin sudah lihat konsep E-Speed KTM pada 2013. Projek E-Speed KTM hampir dilancar tetapi Stefan Pierer (CEO KTM) menamatkan projek tersebut kerana beliau berpendapat bahawa pasaran belum matang lagi.

MASA DEPAN ELEKTRIK KTM

Namun, semua berubah tahun lepas apabila KTM secara rasmi mengumumkan mereka akan menawar motosikal serta skuter elektrik jelang 2022. 2 tahun lagi, laporan terkini mendakwa KTM sedang mengusahakan skuter elektrik untuk memulakan perjalanan elektrik mereka. Laporan juga mendakwa skuter elektrik yang akan datang akan berdasarkan skuter elektrik Bajaj Chetak yang dilancar tahun lepas. Selain itu, ilustrasi terkini dari majalah Australia, Motorrad-Magazine memberi kami pratonton mengenai rupa skuter elektrik KTM.

Related Post

Menurut lakaran, ilustrasi motosikal kelihatan seperti konsep E-Speed KTM hampir 7 tahun dahulu. Bermula dengan sudut tajam ke garis eksentrik kami setuju pratonton ini kelihatan hebat. Selain itu, sentuhan oren sekitar motosikal memberi unsur “KTM” kepada skuter elektrik ini. Soalannya, adakah ini dekat dengan skuter sebenarnya?

HUSQVARNA TURUT SERTA?

Selain daripada gambaran terkini mengenai motosikal, syarikat saudara KTM; Husquarvana juga dijangka akan menggunakan skuter elektrik mereka sendiri pada masa akan datang. Bagi kes itu, pratonton versi elektrik mereka juga telah tular di internet. Juga, kerana Husquarvana dan KTM terhubung, Husquarvana elektrik yang akan datang juga akan berdasarkan pada Bajaj Chetak.

Sumber: Visordown

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan