Seperti yang telah dijanjikan beberapa minggu yang lalu, Travis Pastrana muncul di depan beribu-ribu peminatnya di depan Caesar Palace, Las Vegas untuk melengkapkan tiga aksi lompatan yang membuat Evel Knievel terkenal di seluruh dunia.

Pastrana, seorang pelumba motosikal dan kereta berjaya, melengkapkan kesemua tiga aksi lompatan kurang dari tiga jam!

Berpakaian kulit yang serupa dengan pakaian Evel Knievel gunakan semasa aksi-aksinya, dan menunggang Indian Scout yang diubahsuai FTR750, Pastrana melompat lepas lebih daripada 52 kereta, kemudian melompat lepas lebih daripada 16 bas dan menamatkan gaya dengan melompat ke atas air pancut terkenal Caesar Palace.

Travis Pastrana telah menetap rekod jarak sepanjang aksinya, menewaskan lompatan yang dibuat oleh Evel Knievel.

Namun bukan segala perkara berlaku seperti yang dirancang.

Related Post

Pada aksi lompatan terakhirnya, Travis Pastrana sepatutnya disambut dengan banyak bunga api semasa berada di udara, tetapi kesalahan teknikal bermakna bahawa dia melompat sebelum bunga api digunakan.

Berikut adalah video-video tentang ketiga-tiga lompatan yang dibuat oleh Travis Pastrana.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah