Categories: Berita

SM Sport 110R 2021 dapat warna baru – RM 4,018

MFORCE BARU LANCAR VERSI TERKINI SM SPORT 110R UNTUK 2021, MODEL INI MENDAPAT WARNA SERTA GRAFIK BARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MForce Bike Holdings baru lancar SM Sport 110R 2021 yang diperbaharui. Untuk tahun ini, SM Sport 110R akan dapat warna baru dan pilihan grafik untuk mengikuti pilihan semasa pasaran. 

Dikuasakan oleh enjin SOHC silinder tunggal dengan sejukkan udara yang dipadankan dengan transmisi rotary 4-kelajuan, SM Sport 110R mampu menjana 6.04 Hp @ 7,500 rpm dan tork puncak 7 Nm @ 5,000 rpm.  

Related Post

Suspensi dikendalikan oleh fork depan teleskopik dan twin shock KYB di belakang. Terdapat cakera brek di depan dan gelendong di belakang yang menguruskan pengereman. SM Sport 110R 2021 datang dengan berat 105kg dan menampilkan ruang simpanan besar 10 liter. Kapasiti tangki minyak adalah 4 liter dan terdapat swis jimat petrol untuk kegunaan bahan bakar yang optimum. 

Untuk elektronik dan alat bantu penunggang, SM Sport 110R didatangkan dengan socket pengecas USB, lampu isyarat LED dan DRL (Daytime run light).

SM Sport 110R 2021 datang dengan tanda harga RM4,018 (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan yuran pendaftaran) di Malaysia. Model ini ditawar dalam tiga pilihan warna: Black, Blue dan Red. MForce juga tawar jaminan pengeluar dua tahun atau 20,000 km (yang mana lebih dahulu) bagi model ini.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah