Kami tahu teknologi semakin berkembang lebih cepat daripada jangkaan kami, dan teknologi topi keledar adalah satu segmen yang amat menarik kepada pengilang topi keledar untuk memasukkan paparan heads-up (HUD). Kini, Jarvish, sebuah nama yang kecil dalam industri telah menampilkan topi keledar X-AR mereka.

Topi keledar ini diperbuat daripada gred aeronautik carbon fiber, manakala lapisan dalam diperbuat dengan EPS. Dengan asal-usulnya dari Taiwan, Jarvish X-AR mempunyai banyak pengalihan udara yang sesuai dengan keperluan keselamatan homologasi ECE dan DOT.

Tetapi ciri yang unik mengenai Jarvish X-AR ini adalah paparan heads-up yang dipaparkan pada visor topi keledar.

Related Post

Jika anda pernah tonton filem Iron Man dimana sistem AI yang dikenali sebagai Jarvis mengawal segala fungsi dalam sut Iron Man jadi akan memahami bagaimana Jarvish berfungsi.

Para pengguna akan dapat mengawal fungsi topi keledar melalui arahan suara dan fungsi dikawal oleh Alexa, pembantu suara yang dibangunkan oleh Amazon yang seiras dengan Siri serta Google Assistant. X-AR mempunyai mikrofon dan pembesar suara serta kamera depan.

Inilah video Jarvish X-AR.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah