Categories: Berita

Moto Rocker akan memberi anak anda lebih kegembiraan!

Felix Monza telah membuat kehidupan anak-anak kita lebih baik dengan Moto Rocker, sebuah motosikal yang untuk kanak-kanak sahaja yang suka mencontohi bapa mereka semasa menunggang motosikal. Moto Rocker dibina di Jerman, dan Felix akan memastikan setiap ciri kecil dari Moto Rocker sesuai dengan standard motosikal kustom.

Semua butiran motosikal sebenar direka dan digunakan pada Moto Rocker untuk memberi pengalaman seperti menunggang motosikal sebenar. Moto Rocker juga mempunyai enjin silinder tunggal dengan sirip penyejukan.

Tempat duduk buatan tangan direka dengan kulit tulen dan setiap nama penunggang diletakkan pada rangka pendakap dengan nombor siri dan versi.

Pilih antara cafe/brat atau gaya trek bergantung pada jenis lantai di ruang tamu anda.

Moto Rocker diperbuat daripada logam, kulit dan plastik biodegradable, sebuah ciri yang menunjukkan dedikasi Felix Monza terhadap alam sekitar.

Related Post

Produk yang diubahsuai akan mengambil masa 10 minggu sebelum ia sedia untuk dihantar kepada pemiliknya dan Felix mengatakan bahawa setiap unit datang siap dipasang, dan sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 4 tahun, dengan berat maksimum 50 kg.

Sekiranya anda ingin memberikan hadiah istimewa kepada anak anda, sila hubungi Felix Monza dengan klik di sini.

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah